Video muzik baharu Jisoo Blackpink dirakam secara rahsia di Rainforest Wild Asia SG
Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Blackpink Jisoo dalam video muzik Your Love, yang dirakam di Singapura. (Gambar: YouTube/Jisoo)
SINGAPURA: Nampaknya Singapura sedang mengukuhkan reputasinya sebagai tempat pilihan untuk merakam video muzik secara rahsia. Pada Selasa pagi (12 Ogos), anggota Blackpink Jisoo mengeluarkan video muzik untuk lagunya, Your Love, yang merupakan lagu kedua dalam album terbaharunya, Amortage.
Namun yang menariknya, video tersebut dirakam di taman hidupan liar baharu yang dibuka, Rainforest Wild Asia.
Dengan ini, Jisoo menyertai golongan selebriti lain, seperti Coldplay dan anggota BTS Jin, yang merakam video muzik mereka di Singapura.

Sama seperti Coldplay dan Jin, video muzik Your Love adalah kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Dalam video tersebut, Jisoo kelihatan menjelajah gua dan laluan Rainforest Wild Asia serta ruang Cavern Restaurant.
Video tersebut juga diselangi dengan adegan pelbagai flora dan fauna di Rainforest Wild Asia.
Tidak jelas bila Jisoo merakam video muzik ini. Sekalipun demikian, penyanyi berusia 30 tahun itu berada di Singapura pada bulan Mac bagi acara pop-up sempena pelancaran albumnya.
Mediacorp sudahpun menghubungi STB untuk mendapatkan komen.
Buat masa ini, Jisoo, bersama tiga ahli Blackpink yang lain, akan kembali ke Singapura pada November untuk jelajah Deadline kumpulan tersebut yang akan diadakan di Stadium Negara Singapura.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.