Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vida tidak mengaku bersalah muat naik video sumbang

Anggaran Waktu Membaca:
SEPANG: Ahli perniagaan terkenal, Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa (8 Nov) atas pertuduhan membuat hantaran bersifat sumbang menerusi satu klip video April lalu.

Cik Hasmiza, 51 tahun, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi YouTube ‘DSV Entertainment’ dengan niat menyakiti hati orang lain pada 29 April.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 (S$15,000) atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala Hasmiza diwakili peguam, Adnan Seman.

Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 (S$3,000) bagaimanapun Adnan memohon agar mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM2,000 (S$600) kerana itu merupakan kesalahan pertama Hasmiza.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan Hasmiza diikat jamin RM5,000 (S$1,500) dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember sebagai tarikh sebutan semula.

Media sebelum ini melaporkan, Datuk Vida dikatakan memuat naik video ‘Muah Muah Raya’ melalui YouTube ‘DSV Entertaintment’ yang dipercayai memaparkan kumpulan penari 'drag queen' sekali gus menyebabkan beliau terpalit dengan isu cuba mempromosikan elemen LGBT.
Ketika ditemui para wartawan selepas proses membayar jaminan selesai, Cik Hasmiza berkata beliau dan peguam akan meneliti aspek kesalahan yang dibuat dalam video yang dimuat naik itu.

“Saya tidak boleh mengaku salah begitu sahaja kerana ia beri impak kepada perniagaan dan saya hadir ke mahkamah atas dasar komitmen dan tanggungjawab,” katanya.

 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan