Skip to main content

Hiburan

Versi nyanyi bersama KPop Demon Hunters bersiaran di Netflix pada 25 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Versi nyanyi bersama KPop Demon Hunters bersiaran di Netflix pada 25 Ogos

Watak-watak KPop Demon Hunters (dari kiri) Rumi, Mira dan Zoey. (Gambar: Netflix melalui AP)

Diterbitkan : 25 Aug 2025 02:47PM
SINGAPURA: Berita baik buat peminat tegar filem animasi KPop Demon Hunters!

Pada pagi Isnin (25 Ogos), platform penstriman Netflix mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan versi nyanyi bersama (sing-along) bagi filem animasi pecah rekod pada pukul 3.00 petang, waktu Singapura.
Ini bermakna penonton kini boleh 'sertai' Huntrix dan Saja Boys semasa kumpulan-kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti Golden, Takedown, Free, Your Idol dan What It Sounds Like.

Versi nyanyi bersama ini dikeluarkan beberapa hari selepas filem animasi itu ditayangkan di pawagam di lima negara pada hujung minggu lalu (23 dan 24 Ogos): Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.

Menurut unjuran industri, acara dengan masa terhad ini mengumpul AS$18 juta (S$23 juta) di 'box office', sekali gus meneruskan lagi dominasi KPop Demon Hunters dalam bidang hiburan.

Dikeluarkan pada 20 Jun, KPop Demon Hunters mengikuti kumpulan perempuan K-pop popular Huntrix, trio yang terdiri daripada Rumi, Mira dan Zoey yang secara rahsia bekerja sebagai pemburu mahkluk atau 'demon hunters' untuk memastikan dunia selamat.

Kumpulan ini menghadapi cabaran paling sukar setakat ini selepas beberapa mahkluk atau 'demon' bergabung untuk membentuk kumpulan lelaki yang dipanggil Saja Boys.

Sejak penerbitannya, KPop Demon Hunters memecahkan pelbagai rekod.

Bulan lalu, Netflix mengumumkan bahawa filem ini adalah filem animasi asal yang paling banyak ditonton di platformnya.

Lagu-lagu temanya, yang juga termasuk versi nyanyian semula oleh ahli-ahli Twice Jeongyeon, Jihyo dan Chaeyoung, menduduki tangga teratas pelbagai carta di seluruh dunia - dengan lagu Golden menjadi lagu pertama oleh kumpulan perempuan yang menduduki carta Billboard Hot 100 sejak Destiny's Child.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita