Vans, Metallica lancar kasut khas sempena ulang tahun ke-30 ‘Black Album’
Sempena meraikan ulang tahun ke-30 album terlaris kugiran Metallica, Black Album, kugiran itu bersama dengan syarikat kasut terkemuka Vans pada Ahad (25 Jul) melancarkan dua pasang 'sneaker' edisi terhad.

(Gambar: VANS)
AMERIKA SYARIKAT: Sempena meraikan ulang tahun ke-30 album terlaris kugiran Metallica, Black Album, kugiran itu bersama dengan syarikat kasut terkemuka Vans pada Ahad (25 Jul) melancarkan dua pasang 'sneaker' edisi terhad.
Menurut laman gaya hidup Footwearnews, kedua-dua pasang kasut itu menampilkan karya Pushead, yang melukis gambar-gambar bagi set pentas dan cenderahati kugiran metal itu sejak 1986.
Lukisan terhad itu dipaparkan pada dua model kasut Vans - iaitu Sk8-Hi dan Classic Slip-On, dengan setiap satu memaparkan gambar tengkorak yang dikaitkan dengan lagu Sad But True yang ikonik bagi kugiran hebat itu sejak pelancaran album tersebut pada 1991.
Pelancaran produk terkini itu turut menandakan ulang tahun keempat kejasama antara kugiran tersebut dengan Vans, menurut Footwearnews.
Kali terakhir kedua-dua pihak melancarkan pakaian dan aksesori bersama adalah pada 2018.
'Black Album' adalah album studio kelima Metallica dan dianggap sebagai salah satu titik tolak bagi kumpulan itu.
Koleksi terhad Vans x Metallica dilancarkan secara eksklusif kepada para anggota Vans Family pada 25 Julai dan mula dijual di laman Metallica.com pada 26 Jul.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.