Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Usia Muhammad Bilal hampir masuk 3 bulan, anak Neelofa hampir pandai tiarap

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Diam tak diam, anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal kini sudah pun hampir berusia tiga bulan.

Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu akan berusia tiga bulan pada 29 April ini, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Pa&Ma.

Menghampiri usianya baru tiga bulan, Bilal menunjukkan perkembangan yang cukup baik apabila beliau kini sedang berusaha untuk meniarap.

Melalui Insta Story Neelofa, usahawan yang cukup disegani ramai ini turut memuat naikkan rakaman Bilal yang kini sudah hampir pandai meniarap, lapor Astro AWANI.

“Bilal sudah pandai meniarap dah ni,” tulis Neelofa di dalam rakaman itu.

Melalui video yang dikongsikan olehnya, Bilal dilihat sudahpun menggerakkan kakinya untuk memusingkan badannya ke posisi meniarap.

Rakaman yang sama turut dimuat naik semula di akaun Instagram peminat Neelofa.

Bukan saja teruja melihat perkembangan Bilal bahkan peminat tidak putus-putus mengharap untuk menatap wajah Bilal, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

“Ya Allah. Geram nyaaaa.”

“MasyaAllah happy nyaaaa, Alhamdulillah suara happy Bilal dapat meniarap.”

“Aduhai..berketak-ketak. Geram aunty tengok Bilal ni.”

Dalam pada itu, pengikut setia Neelofa amat ternanti-nanti perkongsian gambar keluarga kecil ini di Hari Raya nanti. Pasti wajah Bilal yang dinantikan bakal dikongsikan Neelofa.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan