Usahawan, pempengaruh Malaysia Khairul Aming agih bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan
Pempengaruh dan usahawan popular dari Malaysia, Khairul Aming telah mengagihkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dalam tempoh empat hari.
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Pempengaruh dan usahawan popular dari Malaysia, Khairul Aming telah mengagihkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dalam tempoh empat hari.
Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman sehingga kini masih giat mengumpul barangan yang disalurkan pelbagai pihak sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.
Beliau yang ditemui di Luxury Garden iaitu lokasi pengumpulan barangan bantuan banjir itu berkata, dalam tempoh itu juga lebih 600 sukarelawan berjaya dikumpul dari seluruh Kelantan termasuk di luar Kelantan.
Malah, pelbagai aset juga digunakan hasil bantuan pelbagai pihak termasuk lori 10 tan, kenderaan pacuan empat roda, bot serta van.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan sama ada daripada individu, peniaga kecil sehinggalah peniaga besar. Saya cukup berterima kasih atas bantuan semua pihak.
"Ada yang datang dari Johor dengan pesawat untuk membawa barangan bantuan dan turut menjadi sukarelawan. Malah ada juga yang datang luar Kelantan dengan memandu kereta semata-mata mahu menjadi sukarelawan.
"Saya menghargai usaha anda semua dan bersyukur dengan sambutan yang diterima. Ada juga individu yang mahu menyalurkan bantuan dengan membuat tempahan menerusi Food Panda sebelum barangan itu dihantar ke sini.
"Pasukan saya yang sebenarnya hanya empat orang, manakala yang lain-lain adalah sukarelawan yang saya sendiri tidak kenal mereka dan saya sangat menghargai kesungguhan mereka," katanya ketika ditemui BH Online pada Isnin (2 Dis).
Menurutnya, untuk hari itu sahaja pihaknya menghantar keperluan asas dan makanan kepada 15,000 mangsa banjir.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 7,000 diagihkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2 kerana terperangkap dan situasi mereka kritikal.
"Kita dapat permintaan khas daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua lori digunakan untuk menghantar bekalan makanan serta keperluan asas itu.
"Untuk misi bantuan kita, setiap penerima akan menerima bantuan dalam bentuk makanan, keperluan asas termasuk ubat-ubatan," katanya.
Jelasnya, mengikut perancangan sekiranya keadaan kembali pulih, misi bantuan itu akan beroperasi sehingga Rabu ini sahaja.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya keadaan belum pulih dan masih ramai yang memerlukan bantuan, beliau akan berusaha untuk meneruskannya.
"Kita akan lihat keadaan dari semasa ke semasa dan saya juga mengalu-alukan bantuan semua pihak untuk datang menghantar pelbagai barangan di sini.
"Setiap barangan yang dihantar kita akan semak terlebih dahulu. Sebagai contoh kalau makanan kita akan lihat tarikh luput manakala pakaian pula kita akan lihat sama ada masih elok atau terkoyak. Ini kerana kita mahu penerima mendapat barangan yang elok," katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.