Uqasha Senrose kongsi gambar terbaru bersama Kamal Adli
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/uqashasenrose2
KUALA LUMPUR : Selepas hampir sebulan insiden pelakon, Kamal Adli diserang ketika di acara Hari Raya Mega Sale di Singapura, Uqasha Senrose memuat naik sekeping gambar bersama suaminya itu di Instagram pada Isnin (10 Apr).
Foto itu memaparkan Uqasha yang bertelekung hitam, tampak berseri di sisi Kamal, menurut agensi berita BH Online.
Kamal pula yang berkopiah hitam, kelihatan sihat selepas mengalami kecederaan pada insiden 12 Mac lalu.
Dalam hantaran itu, Uqasha meluahkan rasa syukur atas doa yang dititipkan buat mereka.
"Alhamdulillah untuk semua doa. @kamaladli strong.. Syukur ke atas mu Ya Allah," luah pelakon drama 'Setelah Terlafaznya Akad' itu, dipetik daripada agensi berita BH Online.

Hantaran itu menerima lebih 78,000 tanda suka dengan lebih 500 komen. Rata-rata pengikut pasangan selebriti itu bersyukur dan gembira melihatkan perkembangan positif Kamal.
Pada 12 Mac lalu, kira-kira jam 9.19 malam, Kamal, 36 tahun, cedera pada beberapa bahagian tubuh termasuk kepala dan pipi selepas dipukul dengan belantan oleh seorang individu ketika menghadiri acara tersebut.
Akibat kecederaan dialami, Kamal terpaksa menjalani pembedahan segera di sebuah hospital tempatan.
Kejadian berlaku ketika Kamal dan Uqasha menjayakan acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Singapore Expo selama tiga hari sejak 10 Mac lalu.
Insiden berlaku pada hari terakhir acara tersebut apabila penyerang Kamal berlagak seolah-olah peminat yang ingin bergambar dengannya, sebelum bertindak menyerang Kamal bertubi-tubi.
Dalam perkembangan sama, Hakim Daerah, Brenda Tan dilaporkan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) dikeluarkan.

Tan dilaporkan bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.
Kes itu ditangguhkan sehingga 2 Mei depan.
Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negara pada 14 Mac atas pertuduhan disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.
Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.