Skip to main content

Hiburan

Uqasha Senrose ditahan berhubung kes dadah

Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Uqasha Senrose ditahan berhubung kes dadah

Gambar: Uqasha Senrose/Facebook

Diterbitkan : 07 May 2018 07:52AM Dikemas Kini : 07 May 2018 07:56AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Uqasha ditahan bersama 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 (S$223) dalam beg tangan jenama Chanel milik pelakon wanita itu.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi tersebut berlaku ketika Uqasha memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri. Dia melanggar sebuah kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

Portal Kosmo! melaporkan bahawa selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.

“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 pil dadah disyaki jenis eramin 5. Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata sumber seperti dilapor Kosmo!

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600 (S$203), lapor Malaysiakini.

Menurut Datuk Seri Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

Katanya, kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Uqasha ketika dihubungi Malaysiakini tidak memberi sebarang maklum balas berhubung laporan polis yang mendakwa dirinya memandu dalam keadaan khayal.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita