Ungu bakal naik pentas The Star Theatre di S'pura Oktober ini

(Gambar: @sahentertainment/Instagram)
SINGAPURA: Berita baik bagi semua peminat kugiran Ungu yang sudah lama menantikan untuk bertemu artis kegemaran mereka itu!
Kugiran dari Indonesia, Ungu akan mengadakan konsert The Greatest Night LIVE in Singapore pada 22 Oktober 2022 pukul 8.30 malam di The Star Theatre, umum Sah Entertainment menerusi akaun Instagramnya.
Ungu kali terakhir mengadakan konsertnya pada 2017 dan akan meraikan ulang tahun ke-27 kugiran tersebut pada tahun ini.
Tiket akan mula dijual pada pukul 10.00 pagi 30 Ogos melalui laman web SISTIC dan bermula pada harga S$138.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.