Ummi Nazeera positif COVID-19; terjangkit semasa jemputan rumah terbuka

(Gambar: @umminazeera/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia Ummi Nazeera memaklumkan dirinya dijangkiti virus COVID-19 sejak seminggu lalu.
Menerusi Instagram Story, Ummi tidak menolak kemungkinan mendapat jangkitan selepas menghadiri acara rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.
"Saya ada menghadiri jemputan rumah terbuka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup tanpa bersalaman dengan orang lain.
"Namun, ketika menjamu selera, seperti biasa saya menanggalkan pelitup muka.
"Mungkin benda nak berlaku," ujarnya yang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya yang sudah memasuki hari ketujuh.
Ummi bersyukur wabak itu tidak menjangkiti ahli keluarganya yang lain terutama anak-anaknya, lapor portal berita Gempak.
"Suami dan dua anak tidak dijangkiti. Semuanya bermula selepas kepala rasa berpusing-pusing dan pening berpanjangan.
"Saya juga alami simptom lain seperti demam, sakit tekak, kepala, telinga dan badan selain batuk berterusan," tambahnya, seperti dipetik Gempak.
Sementara itu, menerusi perkongsian suaminya, Dr Izzar Anwari, beliau mengambil alih tugas menguruskan rumah dan anak-anak mereka sepanjang isterinya menjalani tempoh pengasingan.
"Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19. Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
"Alhamdulillah anak-anak serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah dapat vaksinasi.
"Berasing seorang diri kat dalam bilik tengok K-drama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
"Jom sama-sama doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia.
"Tapi takpa, esok hari terakhir isteri saya perlu mengasingkan diri. Pastu Sabtu boleh sambung beraya kat luar," ujarnya.
Dr Izzar turut menasihati orang ramai agar terus berwaspada dan mematuhi cara pengasingan diri seandainya dijangkiti virus berkenaan.
Malah, beliau juga berpesan pada orang ramai agar tidak perlu mencipta stigma takut akan bekas pesakit COVID-19, lapor Gempak selanjutnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.