Ummi Nazeera lahirkan anak sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan
Pelakon terkenal, Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari, menerusi kaedah pembedahan Caesarean di Hospital Serdang, pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu.

Anak pelakon Ummi Nazeera. (Gambar: Instagram/umminazeera dan izzar)
MALAYSIA: Pelakon terkenal, Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari, menerusi kaedah pembedahan Caesarean di Hospital Serdang, pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu.
Menurut Astro Awani, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin melahirkan anaknya itu lebih awal sebulan daripada tarikh yang dijangka oleh pihak doktor, dengan kandungannya baru mencecah usia 34 minggu.
Menurut Ummi, beliau bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Malah, anaknya dalam keadaan sihat dan sempurna.
Ummi bernikah dengan Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani, 31 tahun, pada Julai tahun lalu.
Pelakon tersebut bakal muncul dengan filem terbarunya, Gol & Gincu Vol 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini, lapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.