Ulasan kritik tidak jejas kutipan filem 'The Nun'
Meskipun mendapat ulasan hambar daripada beberapa pihak, filem genre seram 'The Nun' dilaporkan mencatat kutipan AS$5.4 juta (S$7.4 juta) pada hari pertama tayangan, Khamis lalu (6 Sep).
(Gambar: Facebook/The Nun Movie)
AMERIKA SYARIKAT: Meskipun mendapat ulasan hambar daripada beberapa pihak, filem genre seram 'The Nun' dilaporkan mencatat kutipan AS$5.4 juta (S$7.4 juta) pada hari pertama tayangan, Khamis lalu (6 Sep).
Menurut Astro Awani, kutipan itu disifatkan sebagai pembukaan yang berjaya memandangkan hari tayangannya itu bukan hari cuti atau hujung minggu.
Laman The Guardian memberikan filem tersebut rating satu daripada lima bintang manakala Astro Awani menukil laman Rotten Tomatoes sebagai memberi skor 29 peratus mata.
Meskipun demikian, menurut Astro Awani lagi, tarikan filem tersebut nampaknya tidak terjejas.
Di Amerika Syarikat sahaja, The Nun dijangka tidak mempunyai masalah untuk mencapai kutipan AS$44 juta (S$60.6 juta) pada hujung minggu ini.
Filem tersebut juga merupakan filem paling berjaya daripada francais siri filem The Conjuring setakat ini.
The Nun mengisahkan seorang biarawati dan paderi Katolik yang menyiasat kes bunuh diri yang berlaku di Romania.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.