Uji Bakat YG Entertainment di SG pada November, pendaftaran berakhir 5 Nov
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Emma McIntyre / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
SINGAPURA: YG Entertainment, agensi bakat Korea Selatan yang menghasilkan berbagai kumpulan K-pop yang berjaya seperti BIGBANG dan Blackpink, akan menuju ke Singapura bulan hadapan sebagai sebahagian daripada uji bakat global mereka. Uji bakat sebegitu membolehkan pihak agensi mencari bakat-bakat yang kemudiannya akan menjalani sistem saringan yang ketat untuk menjadi pelakon atau idola K-pop terbaharu.
Peringkat uji bakat di Singapura akan bermula pada 14 November hingga 16 November di Orchard Central Mall. Namun, mereka yang ingin menjadi seperti anggota Blackpink Lisa atau Jennie yang baharu, perlu membuat beberapa perkara sebelum mereka boleh memasuki uji bakat itu.
Pertama, mereka yang berminat harus mendaftar dahulu di pautan ini selewat-lewatnya pada 5 November.
Kemudian, mereka perlu menantikan e-mel pengesahan daripada YG Entertainment yang akan mengandungi butiran mengenai waktu uji bakat individu mereka.
Para peserta boleh memilih untuk menyertai uji bakat dalam salah satu daripada kategori berikut:
Jelajah dunia uji bakat itu juga akan ke Hanoi dan Ho Chi Minh City pada Disember nanti.
Idola K-pop yang lulus uji bakat global YG sebelum ini termasuk ahli Blackpink Rose, yang menduduki tempat pertama dalam uji bakat Sydney pada 2012, dan Lisa, yang merupakan satu-satunya yang layak di uji bakat Thailand pada 2010.

- Bernyanyi
- Rap
- Menari
- Penampilan
Jelajah dunia uji bakat itu juga akan ke Hanoi dan Ho Chi Minh City pada Disember nanti.
Idola K-pop yang lulus uji bakat global YG sebelum ini termasuk ahli Blackpink Rose, yang menduduki tempat pertama dalam uji bakat Sydney pada 2012, dan Lisa, yang merupakan satu-satunya yang layak di uji bakat Thailand pada 2010.
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.