Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Uji bakat bagi watak kanak-kanak muzikal Frozen Disney diadakan di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Uji bakat bagi watak kanak-kanak muzikal Frozen Disney diadakan di S'pura

(Gambar: Base Entertainment Asia)

SINGAPURA: Ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil mungkin sudah tahu tentang muzikal Broadway, Frozen yang bakal dipersembahkan di sini pada awal tahun depan.

Namun, tahukah anda bahawa uji bakat bagi peranan kanak-kanak dalam persembahan muzikal tersebut kini dibuka di Singapura?

Base Entertainment kini menawarkan uji bakat bagi peranan dua watak muda, Elsa dan Anna, untuk muzikal yang akan dipentaskan di Singapura.

Kedua-dua watak tersebut akan dimainkan oleh kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun.
Muzikal tersebut sedang mencari kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun dengan ketinggian antara 125 dengan 127 sentimeter (cm) bagi watak muda Anna.

Manakala, kanak-kanak dalam lingkungan usia sembilan hingga 11 tahun dengan ketinggian 140 hingga 142cm, diperlukan untuk memegang watak muda Elsa.

Sekalipun kanak-kanak dari semua latar belakang budaya dialu-alukan untuk mendaftar bagi sesi uji bakat, Base Entertainment menekankan bahawa "tiada kelonggaran pada syarat ketinggian yang ditetapkan" dan ketinggian kanak-kanak akan diukur di lokasi ujia bakat.

Sijil kelahiran juga diperlukan untuk mengesahkan umur mereka.

Permohonan online akan ditutup pada Ahad (2 Okt) dan sesi uji bakat akan dijalankan di Sands Theatre Marina Bay Sands pada 8 dan 9 Okt.

Muzikal Broadway Disney itu dijangka akan menjadikan Singapura sebagai satu-satunya persinggahannya di Asia Tenggara dan dijadual berlangsung dari 5 Feb hingga 5 Mac tahun depan di Sands Theatre.

Penjualan tiket dibuka pada Jumaat (30 Sep).
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan