Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ugutan bunuh Kamal Adli dibuat pada hari perkahwinan, kata Roslan Shah

Anggaran Waktu Membaca:
Ugutan bunuh Kamal Adli dibuat pada hari perkahwinan, kata Roslan Shah

(Gambar: Instagram/Roslan Shah/Kamal Adli)

KUALA LUMPUR: Mesej ugutan membunuh Kamal Adli daripada seorang individu yang tidak dikenali diterima pada hari perkahwinan pelakon itu dengan Uqasha Senrose pada 2021.

Demikian dedah Roslan Shah dalam petikan laporan Gempak.

Roslan berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh salah seorang pekerja Uqasha dan Kamal.

“Kami dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan pentadbiran Uqasha dan Kamal mengenai mesej ugutan tersebut yang diterima pada hari perkahwinan mereka.

“Namun, apa motif mesej tersebut dihantar oleh individu itu masih belum dapat dikenal pasti. Semuanya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya, seperti dipetik Gempak.

Meskipun insiden serangan itu berlaku, Roslan juga berkata beliau "tidak berasa kesal" membawa pasangan itu masuk ke acara di Singapura kelmarin.

Namun demikian, beliau berharap kawalan keselamatan dapat diperketatkan selepas ini.

“Saya tidak rasa kesal pun sebab niat saya cuma bawa selebriti Malaysia ke sana mencari rezeki. Tiada siapa pun mahu kejadian tersebut berlaku dan ia tidak disangka.

“Saya harap selepas ini pihak penganjur akan perketatkan keselamatan termasuk untuk peniaga dan pengunjung. Ada kemungkinan juga untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan,” jelasnya lagi kepada Gempak.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan