Tya Arifin kongsi berita gembira bakal timang anak kedua
Si cilik 'MeleTOP' tidak lagi hanya akan bermain dengan anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah. Tahun depan, pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid akan menimang anak mereka yang kedua.
MALAYSIA: Si cilik 'MeleTOP' tidak lagi hanya akan bermain dengan anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah. Tahun depan, pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid akan menimang anak mereka yang kedua.
Tya menyampaikan khabar baik itu melalui satu catatan Instagram semalam (9 Dis). Usia kandungannya kini berusia 17 minggu.
"Alhamdulillah, Arif akan menjadi abang, isyaallah. Mohon doanya kepada semua, semoga baby sehat wal'afiat. Terimakasih Ya Allah atas rezeki ini, Alhamdulillah," tulis Tya.
"Tya doakan semoga yang berhajat sama diberi rezeki juga oleh Allah Swt."
Anak tiri Siti Nurhaliza dan isterinya itu turut memuat naik satu video di akaun Instagram anak mereka yang menunjukkan detik-detik manis Tya berkongsi berita baik itu dengan suami dan anaknya.
Video itu kemudian disertakan dengan kapsyen: "Alhamdulillah UncleOnty!!!"
Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan menimang cahaya mata sulung mereka pada April 2017.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.