Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Tunjuk bukti kalau hamil anak pemuzik Wings," tegas Awie

Seorang wanita yang mendakwa dirinya hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock diminta mengemukakan bukti.

Anggaran Waktu Membaca:
"Tunjuk bukti kalau hamil anak pemuzik Wings," tegas Awie

Awie. (Gambar: Awie Official/Instagram)

Diterbitkan : 05 May 2018 12:14AM Dikemas Kini : 05 May 2018 12:20AM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendakwa dirinya hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock diminta mengemukakan bukti.

Vokalis kumpulan Wings, Awie meminta wanita itu agar tidak bersembunyi di sebalik purdahnya dan meminta beliau membuat laporan polis.

“Jika benar apa yang didakwa sila tunjukkan bukti dan tunjuk wajah sebenar dan bukannya berselindung di sebalik purdah yang dipakai.

“Kalau benar dakwaan yang dibuat mengapa perlu menutup wajah? Lebih baik buat laporan polis,” katanya seperti yang dipetik laman mStar.

Awie memberitahu Wings juga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sekiranya dakwaan itu fitnah, lapor mStar.

Awie berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang wanita misteri yang mendakwa hamil anak anggota kumpulan rock.

Wanita itu meminta individu tersebut yang kononnya seorang pemuzik Wings bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungannya yang kini mencecah lima bulan.

Dalam pada itu, Awie berkata, kontroversi itu sedikit sebanyak mencalarkan nama baik dan kredibiliti Wings.

“Dakwaannya itu bukannya sahaja membabitkan seorang individu tetapi melibatkan anggota lain dalam Wings dan boleh jadi ia merupakan agenda menjatuhkan kami.

“Kalau dia gagal untuk mendapat balasan cinta ke apa, semua orang pernah melaluinya... Ini dia buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah,” ujarnya seperti yang dipetik laman mStar.

Tambahnya, pihak Wings juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya apa didakwa itu fitnah.

Sementara itu, Awie berkata, sekiranya benar anggota Wings adalah individu dimaksudkan dia sendiri akan memastikan individu berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Semua manusia ada melakukan kesilapan dan sekiranya perkara itu benar, saya sendiri akan pastikan individu itu bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata Awie.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan