Trailer 'Avengers 4' bakal dikeluarkan hujung tahun ini
Filem Avengers 4 dijadual ditayangkan di pawagam pada 3 Mei 2019. Namun Marvel disebut-sebut sudah menghasilkan trailer filem tersebut, lapor Newsweek.

Trailer 'Avengers 4' bakal dikeluarkan pada hujung 2018. (Gambar: Avengers/Facebook)
WASHINGTON: Filem Avengers 4 dijadual ditayangkan di pawagam pada 3 Mei 2019. Namun Marvel disebut-sebut sudah menghasilkan trailer filem tersebut, lapor Newsweek.
Selepas kejayaan filem Avengers: Infinity War, para peminat terus menanti-nantikan apakah kesudahan siri Avengers itu selepas Thanos melenyapkan hampir separuh dari kehidupan yang ada di alam semesta.
Menurut laporan Newsweek, Ketua Marvel Studios Kevin Feige akhirnya menjawab soalan yang bermain-main dalam minda para peminat filem tersebut, iaitu: Bilakah trailer filem Avengers 4 akan dikeluarkan untuk sekurang-kurangnya mengubati rindu mereka terhadap adiwira pujaan mereka?
Newsweek menukil wartawan Critics Choice, Erick Weber, sebagai berkata Encik Feige mendedahkan bahawa trailer filem Avengers 4 akan dikeluarkan "sebelum akhir tahun ini", bermakna ia mungkin dikeluarkan dalam tempoh dua bulan akan datang.
Malah, terdapat juga spekulasi bahawa trailer filem itu akan dikeluarkan pada 29 November 2018 kerana tarikh itu adalah tarikh ulang tahun pertama trailer filem Avengers: Infinity War, yang pernah mencatatkan rekod sebagai trailer filem terbesar dan paling banyak ditonton di YouTube.
Bagaimanapun, tajuk khusus bagi siri filem Avengers keempat ini masih belum diketahui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.