Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Topi Indiana Jones, kaca mata Harry Potter akan dilelong di California

Topi fedora Indiana Jones dan kaca mata Harry Potter adalah antara 1,200 memorabilia filem dan televisyen yang akan dilelongkan pada Jun ini di Prop Store di California, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Topi Indiana Jones, kaca mata Harry Potter akan dilelong di California

Antara memoribilia filem yang akan dilelong di Pop Store pada Jun 2021 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 May 2021 11:50PM Dikemas Kini : 24 May 2021 01:27AM

SANTA CLARITA: Topi fedora Indiana Jones dan kaca mata Harry Potter adalah antara 1,200 memorabilia filem dan televisyen yang akan dilelongkan pada Jun ini di Prop Store di California, Amerika Syarikat.

Matt Truex, Pengurus Pemasaran di Prop Store, berkata acara lelong itu adalah yang terbesar pernah pihaknya adakan dan beliau menjangkakan sambutan hangat oleh para pengumpul.

"Salah satu barangan paling diminati dalam lelongan ini adalah topi fedora asli Indiana Jones yang dipakai oleh Harrison Ford dalam filem 'Indiana Jones and the Temple of Doom,' iaitu filem kedua. Ia dinilaikan untuk dilelong pada harga antara AS$250,000 (S$332,800) hingga AS$350,000 (S$465,900)," Truex memberitahu Reuters.

Pembida boleh melihat katalog lengkap barangan yang dilelong melalui Zoom dan membuat pembelian secara online dan melalui telefon.

Antara ratusan barang yang ditawarkan, pengumpul akan menemui memorabilia daripada filem seperti "Terminator 2: Judgment Day," "Batman," "Elf," "Top Gun," dan "The Muppets."

"Kami bahkan mempunyai koleksi untuk pengumpul seni komik," tambah Truex.

Tongkat sakti dan kaca mata Harry Potter, dipakai oleh Daniel Radcliffe semasa penerbitan "Harry Potter and the Deathly Hallows," dijangka menjadi salah satu barang yang sangat diingini.

"Inilah kali pertama arkib Warner Brothers melepaskan tongkat dan kaca mata Harry Potter untuk dilelong. Lebih menarik lagi, 100 peratus daripada hasil lelong untuk kedua-dua barangan ini akan disalurkan kepada badan amal dan kedua-duanya dinilai pada harga AS$30,000 (S$39,900) hingga AS$50,000 (S$66,600) setiap satu," kata Truex.

Encik Truex berkata para peminat yang kurang mewah juga tidak perlu hampa, kerana terdapat barangan koleksi yang akan dilelong sesuai dengan kebanyakan tahap kemampuan.

"Kami mempunyai sesuatu untuk setiap tahap harga bermula dari ratusan ribu hingga ratusan dolar saja," katanya. "Tetapi diharapkan dengan 1,300 lot, sesiapa sahaja yang meminati filem-filem itu boleh datang dan membawa pulang sesuatu yang mereka sukai."

Prop Store berkata lelongan langsung selama tiga hari, dari 29 Jun hingga 1 Julai, menyasar untukmengutip lebih AS$6.1 juta (S$8.12 juta). 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan