Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tompi rakam lagu baru khas Ramadan berjudul 'Ada Anak Bertanya Mana Bapaknya'

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lagu 'Ramadan Datang' merupakan salah sebuah lagu paling popular dan kerap diputarkan sesuai dengan sambutan bulan mulia tersebut.

Lagu yang didendangkan oleh Tompi itu sudah berusia 13 tahun. Sejak itu, penyanyi asal Indonesia tersebut tidak pernah sekalipun merakamkan lagu bersifat kerohanian lagi, lapor Astro Gempak.

Namun tidak untuk kehadiran Ramadan pada tahun ini. Selepas 13 tahun, Tompi sudah merakamkan sebuah lagu khas untuk Ramadan yang berjudul 'Ada Anak Bertanya Mana Bapaknya'.

Ada Anak Bertanya Mana Bapaknya bukan sebuah karya baru, sebaliknya Tompi mengubah lagu milik Bimbo.

Tompi ada alasan tersendiri merakamkan semula lagu tersebut. Hal itu kerana hatinya terpaut pada lirik lagu yang mendalam, terutama tentang pegangan agama.

“Pada awalnya ia bukan sebuah projek serius, saya hanya memainkan ia untuk suka-suka.

“Tapi ternyata liriknya sangat dalam dan saya melihat generasi sekarang semakin jauh dari agama.

“Lagu ini bukan hanya untuk anak-anak kita, tapi buat semua orang menikmatinya,” kata Tompi seperti dilaporkan InsertLive.

Malah beliau yang sudah mengeluarkan rakaman video turut menyelitkan kenangan bersama arwah ibu sebagai satu kenangan buatnya yang kerap diajar tentang agama dan kebaikan oleh seorang ibu.

“Saya rasa orang yang paling berjasa mengajarkan bab agama adalah ibu saya. Setiap hari tanpa jemu sepanjang beliau masih hidup, beliau ingatkan saya tentang agama. Beliau adalah yang terbaik,” katanya, menurut Astro Gempak.

Tompi juga menjelaskan beliau memang sengaja tidak mengeluarkan lagu kerohanian pada setiap tahun kerana tidak mahu diberi label sebagai penyanyi lagu kerohanian.

“Kalau buat setiap tahun nanti jadi penyanyi lagu kerohanian. Saya bukan cari duit (menyanyi). Duit boleh cari di tempat lain,” katanya yang juga merupakan seorang doktor.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan