Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tomok sah dijangkiti COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Tomok sah dijangkiti COVID-19

Tomok bersama anak-anaknya. (Gambar: @tomokofficial/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok akui reda setelah dia disahkan positif COVID-19, lapor Astro AWANI.

Tomok atau  nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 37 tahun, tak sangka dia menjadi sebagai salah seorang penyumbang statistik kerana ia perkara yang paling mahu dielaknya selama ini.

Pun begitu, laporan Astro AWANI itu menyatakan Tomok yang menjalani kuarantin di rumah lega apabila isteri dan anak-anaknya masih dilindungi.

"Benda paling nak elak sekarang kena pada saya. Insya-Allah semoga baik saja. Yang penting, anak dan isteri negatif. Alhamdulillah," katanya seperti dinukil laporan Astro AWANI.

Terdahulu, Tomok yang juga juga vokalis kumpulan New Boyz memaklumkan berita sedih dijangkiti COVID-19 di Instagram dengan berkongsi paparan kit ujian COVID-19 kendiri miliknya.

Difahamkan kit ujian COVID-19 kendiri itu dilakukanTomok bersama isteri, Rahayu Abas serta anak mereka pada hari ini dan keputusan sedih berpihak buatnya apabila positif COVID-19.

Pada perkongsian dibuat itu, ramai rakan selebriti dan pengikut Tomok di media sosial mendoakan keselamatannya agar segera sembuh dan pulih.

Malah, Tomok juga mengucapkan terima kasih pada semua.

Selama dua tahun penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, ramai selebriti disahkan positif dan dijangkiti virus berbahaya yang menyerang seluruh dunia hingga kini.

Sumber : Agensi berita/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan