Skip to main content

Hiburan

Tomok juara GV9 pusingan ke-6; tiada disingkirkan kali ini

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Penyanyi, Tomok, merampas kedudukan selesa Jaclyn Victor apabila meraih tempat pertama pada persaingan minggu keenam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) pada Ahad malam (24 Okt). 

Membawakan lagu 'Everybody' nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys (BSB), Tomok meraih markah 84 peratus, sekali gus membawa pulang anugerah Bintang Memukau Adabi dengan menerima wang tunai RM1,000 (S$299) dan produk bernilai RM500 (S$150), lapor Utusan Malaysia. 

Jaclyn bagaimanapun, masih mampu menarik nafas lega apabila kekal berada pada kedudukan selesa dengan meraih tempat kedua menerusi persembahan bertenaganya membawakan lagu Bukan Rayuan Gombal, nyanyian asal Judika.

Pentas GV9 minggu ini menyaksikan tiada peserta tersingkir berikutan ketiadaan Dina Nadzir yang tidak dapat bertanding selepas menerima berita duka pemergian bapanya, awal pagi Ahad (24 Okt). 

Beliau sepatutnya membawakan lagu Januari yang dipopularkan Glenn Fredly, namun slot persembahan itu diambil alih rakan seperjuangannya iaitu Tom, Jaclyn dan Shila Amzah sebagai tanda sokongan.

Dina turut mendapat pengecualian daripada pihak produksi GV9 apabila diumumkan mara pada persaingan minggu hadapan.

Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi Tomok berdasarkan undian penonton, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 (S$299).

Jaclyn pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak apabila meraih undian tertinggi penonton dan membawa pulang produk jenama tersebut.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita