Tom Cruise terima anugerah awam tertinggi Angkatan Tentera Laut Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Pelakon Tom Cruise diberikan anugerah penghormatan awam tertinggi Angkatan Tentera Laut Amerika atas "sumbangan cemerlang" kepada tentera melalui peranannya dalam filem.
Peranan utama Cruise dalam filem Top Gun melonjakkan namanya ke status selebriti, dan kejayaan filem itu telah meningkatkan pendaftaran anggota baharu dalam tentera.
Anugerah Perkhidmatan Awam Cemerlang telah diberikan kepada Cruise dalam majlis yang diadakan pada Selasa (17 Dis) di Longcross Film Studios di Chertsey, Surrey.
Bintang berusia 62 tahun itu menzahirkan rasa terima kasihnya atas "pengiktirafan yang luar biasa" itu.
"Saya mengagumi semua lelaki dan wanita dalam angkatan tentera," kata Cruise, berdiri di sebelah Setiausaha Tentera Laut Amerika Carlos Del Toro yang menyerahkan sijil dan pingat kepadanya.
"Saya tahu dalam kehidupan, sesuatu yang sangat istimewa bagi saya, ialah untuk berkhidmat kepada negara. Dan saya menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat penting. Dan saya dapat melihatnya pada setiap lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam angkatan tentera."
Angkatan Tentera Laut Amerika mengucapkan terima kasih kepada wira aksi itu, yang dikatakan telah "meningkatkan kesedaran dan penghargaan orang ramai terhadap kakitangan kami yang terlatih dan pengorbanan yang mereka lakukan semasa menjalankan tugas".
Cruise memegang watak juruterbang Maverick dalam filem Top Gun, sebuah filem tentang Perang Dingin dan filem itu sangat berpengaruh sehingga Angkatan Tentera Laut Amerika menyediakan meja untuk merekrut anggota baharu di luar pawagam.
Bintang yang dicalonkan bagi Anugerah Oscar itu memegang peranan sebagai Kapten Pete Mitchell dalam filem sekuel Top Gun: Maverick pada 2022, yang "meningkatkan lagi" minat terhadap tentera daripada penonton yang lebih muda.
Pada Selasa (17 Dis), Del Toro berkata: "Tom Cruise telah meluangkan hampir empat dekad sebagai penyokong yang tidak berbelah bahagi kepada lelaki, wanita dan keluarga tentera laut dan pasukan marin."
Cruise juga diraikan atas peranannya dalam filem Born on the Fourth of July, A Few Good Men dan siri Mission: Impossible.
Cruise berada di Chertsey, Surrey untuk meneruskan filem Mission: Impossible: The Final Reckoning, yang akan ditayangkan pada Mei 2025.
Penghormatan awam berprestij itu sebelum ini dianugerahkan kepada pemenang Anugerah Akademi Steven Spielberg dan Tom Hanks atas kerja mereka dalam filem Perang Dunia II, Saving Private Ryan.

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.