Skip to main content

Hiburan

Tom Cruise bakal beraksi di upacara penutup Sukan Olimpik Paris 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Tom Cruise bakal beraksi di upacara penutup Sukan Olimpik Paris 2024

(Gambar fail: Tiziana FABI / AFP)

PARIS: Bintang Hollywood, Tom Cruise akan melakukan beberapa siri aksi mengagumkan dalam segmen video yang akan disiarkan semasa upacara penutup Sukan Olimpik Paris 2024 pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua.

Penampilan Cruise adalah sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris ke bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.

Menurut laporan, pelakon berusia 62 tahun itu merakam video yang menyaksikan beliau menunggang motosikal melalui Paris, turun dari sisi Stade de France, dan kemudian terjun dari pesawat sebelum mendarat berhampiran lambang ikonik industri perfileman yang memaparkan perkataan "Hollywood" di Los Angeles.

Selepas mendarat, Cruise akan menyerahkan bendera itu kepada seorang atlet yang memulakan Larian Obor keliling bandar.

Cruise, yang sedang menjalani penggambaran untuk francais filem 'Mission Impossible' terbaharu di Paris, memanfaatkan peluang itu untuk merakam aksi bagi upacara penutup, mengelirukan ramai yang menyangka ia adalah penggambaran filem biasa.

Menurut laporan akhbar The Guardian, Cruise yang baharu sahaja menerima gelaran Knight of the Legion of Honneur daripada Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati mengusulkan idea tersebut kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menjanjikan segmen yang mendebarkan.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita