Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tokoh animasi M'sia Kamaruddin Ismail meninggal dunia

Pengasas animasi digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail, 63 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.15 petang tadi (8 Dis) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, setelah hampir dua bulan dirawat selepas serangan jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
Tokoh animasi M'sia Kamaruddin Ismail meninggal dunia

(Gambar: Facebook/Animas)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 10:39PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 10:52PM

KUALA LUMPUR: Pengasas animasi digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail, 63 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.15 petang tadi (8 Dis) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, setelah hampir dua bulan dirawat selepas serangan jantung.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas) Amir Hamzah Hashim menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini berkata, Allahyarham yang juga dikenali sebagai Kamn Ismail merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 1990-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

Pada 1997, beliau mencipta dan menerbitkan siri animasi televisyen Keluang Man yang bersiaran di saluran TV1 (Radio Televisyen Malaysia) melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melalui animasi Kumang Legenda Sarawak dan animasi Legenda Kinabalu.

Pada 1 April lepas, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipur Lara Animasi Malaysia pada malam Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Encik Amir Hamzah ketika dihubungi Bernama menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang komited dalam menghasilkan sesebuah siri animasi.

"Saya telah bekerja dengan Allahyarham sejak tahun 1994. Allahyarham seorang yang gemar bercerita dan akan berusaha menyiapkan sesebuah animasi dengan sebaiknya meskipun ada mana-mana pihak yang meniru hasil kerjanya, Allahyarham tidak mudah berputus asa.

"Allahyarham sering berpesan kepada kami supaya percaya kepada rezeki yang Allah telah tetapkan kepada seseorang dalam apa jua keadaan, dan itu antara kata-kata yang saya ingat sampai sekarang," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan