Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

TMJ 'cari' penyanyi lagu parodi Azman Naim

Seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Nur Azman Naim ‘dikehendaki’ oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ 'cari' penyanyi lagu parodi Azman Naim

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: Tunku Ismail Sultan Ibrahim/Twitter melalui BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Aug 2021 12:47PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 08:14AM

KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Nur Azman Naim ‘dikehendaki’ oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

Ini kerana, menurut laporan AstroAWANI, individu berkenaan berjaya mencuri perhatian ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, berikutan sebuah video nyanyian parodinya yang tular di Instagram.

Azman, 36 tahun, sering memuat naik video nyanyiannya ke wadah media sosial. Baru-baru ini, lagu saduran 'My Way' dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik oleh beliau menangkap perhatian ramai.

Dalam satu perkongsian di Instagram, lapor AstroAWANI, TMJ mencari pemilik akaun tersebut sambil memuji perkongsian Azman Naim dalam Instagram dengan kapsyen 'First Class'.

Beberapa jam kemudian, Azman - pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra - menyedari dirinya dicari oleh TMJ. Beliau turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

Sejak pertengahan tahun lalu, bapa kepada dua anak itu aktif membawakan lagu popular yang liriknya dialih bahasa ke bahasa Melayu dengan menerapkan isu semasa sebagai tema nyanyian lagu sadurannya.

Tidak cukup dengan memiliki suara yang agak unik, lirik yang dibawa olehnya pula cukup dekat dengan keadaan yang dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pandemik COVID-19.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan