Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tinjauan Nielsen: Stesen radio Mediacorp kuasai 9 daripada 10 kedudukan teratas

Anggaran Waktu Membaca:
Tinjauan Nielsen: Stesen radio Mediacorp kuasai 9 daripada 10 kedudukan teratas

Saluran berbahasa Mandarin YES 933 kekal sebagai stesen radio nombor satu di Singapura. (Gambar: YES 933/ Facebook)

Diterbitkan : 12 Jan 2023 05:07PM Dikemas Kini : 12 Jan 2023 05:12PM
SINGAPURA: Mediacorp menguasai sembilan daripada 10 kedudukan teratas dalam ranking stesen radio di Singapura, membolot kesemua 5 kedudukan tertinggi.

Ia juga menguasai 83.8 peratus pasaran radio - diukur dengan jumlah slot 15 minit yang didengari di seluruh stesen radio Singapura - berbanding pesaing-pesaingnya.

Daripada 11 jam 46 minit yang diluangkan pendengar secara purata untuk mendengar radio di Singapura setiap minggu, para pendengar meluangkan masa selama 10 jam 27 minit (yang membentuk 88.8 peratus) di stesen radio Mediacorp.

Dapatan itu berdasarkan tinjauan radio Nielsen terbaru, yang dijalankan dari Ogos sehingga Oktober 2022. Tinjauan tersebut menjejaki pendengar radio melalui rakaman diari 2,014 orang dewasa berusia 15 tahun dan ke atas.

Saluran berbahasa Mandarin YES 933 kekal sebagai stesen radio nombor satu di Singapura dengan jumlah pendengarnya mencecah 964,000 pendengar (22.4 peratus daripada bilangan pendengar mingguan) selepas menambah lagi 30,000 pendengar sejak tinjauan radio Nielson pada 2021.

YES 933 juga menduduki tempat pertama bagi stesen digital dengan 457,000 pendengar digital.

Class 95 di tempat ketiga secara keseluruhan dan stesen radio Inggeris nombor satu di Singapura dengan seramai 877,000 pendengar (20.4 peratus daripada pendengar mingguan) yang meluangkan masa secara purata empat jam 30 minit untuk mendengar siarannya setiap minggu.

Warna 942 pula di tempat kelima.

Mengulas pencapaian stesen radio Mediacorp itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tham Loke Kheng berkata: "Untuk terus diiktiraf sebagai rangkaian audio terunggul di Singapura bukanlah satu penghargaan yang dipandang ringan oleh Mediacorp. Kami komited untuk menyampaikan kandungan terbaik untuk menghiburkan, memaklumkan dan memberi inspirasi kepada pendengar dari setiap lapisan masyarakat. Dan, kami bangga tinjauan Nielson terbaru ini mengesahkan kejayaan kami dalam (melaksanakan komitmen itu)."
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan