Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket sesi bertemu Lisa Blackpink akan dijual mulai 21 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket sesi bertemu Lisa Blackpink akan dijual mulai 21 Okt

(Gambar fail: Emma McIntyre / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

SINGAPURA: Agensi Lloud, yang mewakili Lisa Blackpink, mengumumkan sebulan lalu bahawa Singapura akan menjadi persinggahan pertama dalam jelajah bertemu peminat di Asia.

Anggota kumpulan K-pop Blackpink, Lisa akan mengadakan sesi bertemu peminat di Stadium Tertutup Singapura pada pukul 8.00 malam 11 Nov sebagai persinggahan pertama dalam jelajah bertemu peminatnya di Asia.

Tiket untuk para pemegang kad DBS dan POSB akan mula dijual pada Isnin (21 Okt) pukul 12.00 tengah hari melalui Ticketmaster. Penjualan am akan bermula 22 Okt pukul 12.00 tengah malam. Tiket-tiket berharga dari S$168.

Lloud telah mengumumkan sebulan sebelum jelajah bertemu peminat Lisa di Asia bahawa penyanyi itu juga akan melawat Bangkok, Jakarta, Kaohsiung dan Hong Kong.

Di sebalik kejayaannya dalam kumpulan Blackpink, Lisa telah mencipta nama sebagai artis solo yang berjaya, dengan 'single' Lalisa dan Money yang menduduki 10 tangga teratas carta Billboard Global 200. Pada tahun ini sahaja, penyanyi-rap dari Thailand itu sudah mengeluarkan tiga lagu baharu – Rockstar, New Woman dan Moonlit Floor.

Pada bulan September lalu, Lisa merangkul Anugerah Muzik Video MTV bagi K-pop terbaik dan membuat persembahan di acara tersebut. Dan pada awal bulan ini, Lisa membuat persembahan dalam Pertunjukan Fesyen Victoria's Secret yang pertama dalam tempoh enam tahun dengan lagunya Rockstar.

Di luar bidang muzik, Lisa dijangka akan membintangi musim ketiga The White Lotus terbitan HBO, yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2025.

Peranan itu merupakan penampilan sulungnya dalam bidang lakonan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan