Tiket konsert Twice SG mula dijual 14 Ogos
Berita baik bagi peminat Twice di Singapura! Penganjur konsert kumpulan K-pop popular itu, yang akan mengadakan konsert di sini, akhirnya mendedahkan butiran bagi jualan tiket mereka.
Konsert Twice akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober di Stadium Tertutup Singapura. (Gambar: Instagram/twicetagram)
Konsert Twice di Stadium Tertutup Singapura akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini.
Para peminat yang ingin menyaksikan Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu “talk that talk” boleh mula mencatatkan tarikh 14 dan 15 Ogos dalam kalendar masing-masing.
Ahli Live Nation akan mendapat keutamaan untuk membeli tiket lebih awal menerusi sesi pratempahan yang berlangsung pada 14 Ogos, dari pukul 2.00 petang hingga 11.59 malam.
Jualan umum pula akan bermula pada 15 Ogos, pukul 2.00 petang.
Harga tiket bagi konsert tersebut adalah antara S$188 hingga S$378. Pemegang tiket VIP akan mendapat akses ke sesi uji bunyi (soundcheck), satu lanyard dan kad laminasi VIP, serta satu set poskad eksklusif.
Sama seperti konsert mereka di Korea Selatan, persembahan Twice di Singapura nanti akan menampilkan pentas 360 darjah yang membolehkan peminat menikmati pemandangan jelas kesemua sembilan anggota kumpulan tidak kira di mana mereka duduk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.