Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket konsert Sheila Majid laris dijual

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket konsert Sheila Majid laris dijual

Gambar: Instagram/Sheila Majid

KUALA LUMPUR : Penyanyi tersohor Malaysia, Sheila Majid amat bersyukur kerana tiket konsert Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 pada 18 Mac, sudah habis dijual.

Terharu dengan sambutan luar dugaan itu, Sheila, 57 tahun, mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepadanya.

"Syukur Alhamdulillah, tiket sudah habis terjual dengan sokongan peminat semua.

"Saya sangat berterima kasih kepada peminat yang sudah membeli tiket. Harapan saya agar mereka akan terhibur dengan konsert saya itu nanti," katanya kepada BH Online.

Konsert itu bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Ratu Jazz Malaysia itu berkata persiapannya sudah memasuki tahap akhir.

"Setakat ini, persiapan sudah 80 peratus dan lebih kepada untuk memperbaiki mana yang kurang.

"Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman Big Band bersama peminat semua," katanya yang popular dengan lagu Sinaran.

Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 akan menampilkan 23 ahli muzik dengan susunan lagu yang lebih segar oleh pengarah muzik, Mac Chew.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan