Tiket konsert "ByAjai and Mega Friends" tarik perhatian dengan harga asal cecah S$1,116
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Wake The Baby Records Sdn Bhd)
SINGAPURA: Konsert "ByAjai and Mega Friends" yang dijadual berlangsung pada Sabtu, 10 Mei di Star Theatre, menarik perhatian ramai apabila tiket paling mahal pada asalnya dijual pada harga S$1,116.
Harga tinggi itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk kritikan di media sosial.
Susulan maklum balas tersebut, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menurunkan harga tiket paling mahal kepada S$699.
Difahamkan, tiket dalam kategori harga tersebut telah habis dijual.
Tiket-tiket untuk konsert berkenaan mula dipasarkan sejak Disember 2024.
Dalam satu temu bual bersama BERITAMediacorp untuk segmen BERITA+ HTHT (Hati ke Hati) yang akan disiarkan kemudian, komposer Ajai atau nama penuhnya Mohamad Faizal Maas, 50 tahun menjelaskan rasional di sebalik harga tiket premium tersebut.
"16 pemegang tiket VVIP itu akan dapat makan malam dengan kita. Tidak pernah lagi orang buat. Orang biasa buat 'Meet and Greet', tetapi hanya berjumpa selepas konsert. Tetapi ini, sehari sebelum konsert, mereka dapat makan malam dan beramah mesra dengan kami, barisan artis semua,” katanya.
Menurut Ajai, para peminat berpeluang memahami proses kreatif dalam penghasilan muzik.
"Apabila menonton konsert 'ByAjai and Mega Friends', anda bukan sahaja menyaksikan sendiri artis yang anda suka tetapi juga meneroka apa itu sebenarnya muzik. Apa itu susunan muzik yang baik, penceritaan dalam lagu, penerbitan lagu. Jadi anda dapat ilmu, dapat kebahagiaan. Bukan setakat hiburan.
"Kalau anda berminat dengan Dayang Nurfaizah, kalau ke konsertnya, anda akan jumpa Dayang Nurfaizah sahaja. Tetapi kali ini, anda minat Aina Abdul, anda minat Dayang, anda minat Hafiz, semua disatukan dalam satu konsert," tambah Ajai.

AJAI SERTAI BARISAN ARTIS SEPANJANG KONSERT DUA JAM DI SINGAPURA
Di konsert itu nanti, Ajai bukan sahaja menyanyi dan bermain alat muzik, malah akan turut mengiringi artis-artis undangan membawakan lagu-lagu ciptaannya yang pernah menjadi siulan ramai.
"Konsert ini memiliki nilai sentimental bagi saya. Ia menceritakan perjalanan saya, kebahagiaan saya, kesedihan saya, kerabat kerja saya selama dalam industri, dalam penulisan dan penerbitan. Ia menceritakan segalanya. Berlagu sambil bercerita. Macam mana lagu itu dibuat untuk artis itu, apakah sejarahnya, kenapa dibuat untuk artis itu dan apakah pengalamannya apabila menyanyikan lagu itu? Jadi semua itu merupakan perjalanan karya saya, amat bernilai bagi saya," katanya.
KEMUNCULAN BAKAT MUDA: DZAHIRA THALITA ZAHRA
Antara wajah baharu yang akan tampil di pentas Singapura nanti ialah Dzahira Thalita Zahra, anak kepada pelawak Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Thalita, 12 tahun, dijangka menyampaikan sebuah lagu sebagai salah satu segmen istimewa konsert.
"Apabila saya dengar suaranya, saya nampak dia ada keinginan yang kuat dan kesungguhan. Walaupun masih mentah, dia menunjukkan minat mendalam dan tidak jemu berlatih. Itu satu asas yang penting,” kata Ajai, yang menyatakan kesediaannya membimbing Thalita secara berperingkat.
“Bukan semestinya dia perlu ikut jejak suara arwah ibunya. Suaranya berbeza, tetapi dia ada keunikan sendiri. Dengan latihan dan pendidikan muzik yang sesuai, saya percaya dia boleh menyerlah,” tambahnya.
ARTIS LAIN DAN KONSEP BERBEZA DI SINGAPURA
Konsert di Singapura turut menampilkan penyanyi Asmidar, juara program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa (2011), serta barisan artis seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip dan Hazama.
Ajai menegaskan konsert kali ini bukan sekadar ulangan versi Kuala Lumpur.
“Untuk Singapura, semuanya baharu – dari poster hingga susunan lagu. Setiap artis akan bawakan lagu ‘hit’ mereka. Dari lagu pertama, penonton sudah boleh menyanyi bersama,” jelasnya.
Menurut beliau, susunan muzik secara langsung akan memberikan pengalaman berbeza kepada penonton.
“Di atas pentas, saya akan kongsi perkara-perkara yang orang tidak sedar, supaya mereka boleh menilai sendiri. Dengan susunan terbaik, pemuzik berpengalaman dan senarai lagu yang kuat, ini bukan konsert sempurna, tapi ia antara yang terbaik pernah saya usahakan,” katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.