Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket konsert Anuar Zain & Ziana Zain habis dijual dalam 3 hari

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 dijadual berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket konsert Anuar Zain & Ziana Zain habis dijual dalam 3 hari

Poster 'Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022'. (Gambar: Trumpet International/Facebook)

Diterbitkan : 23 May 2022 05:40PM Dikemas Kini : 23 May 2022 05:40PM

KUALA LUMPUR: Pengaruh adik-beradik Anuar Zain dan Ziana Zaini jelas masih kuat selepas kesemua tiket bagi konsert mereka habis dijual dalam masa tiga hari saja, lapor BH Online.

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 dijadual berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Ogos ini.

Tiket-tiketnya bermula dari RM288 (S$90) hingga RM1,188 (S$370).

Menurut BH Online, konsert tersebut juga mencipta sejarah sebagai antara konsert tempatan yang tiketnya habis dijual dalam tempoh yang sangat singkat, dedah penganjur Trumpet International Sdn Bhd.

Dalam petikan penganjur di laman Instagram: "Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan tiket konsert! Konsert ini mencapai rekod sebagai satu daripada konsert habis terjual oleh penyanyi tempatan dengan jualan tiket terjual sepenuhnya dalam masa tiga hari saja!

“Anuar Zain dan Ziana Zain amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan dengan menjadikan konsert ini sebagai sebuah persembahan ‘full house’. Populariti mereka sebagai penyanyi Malaysia sekali lagi terbukti."

Konsert kali ini juga gabungan pertama Anuar bersama kakaknya dalam konsert yang berskala besar.

Kali terakhir pasangan adik-beradik itu disatukan dalam pentas yang sama adalah di Singapura 12 tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa