Tiket jual semula bagi konsert Mayhem ternyata tidak laris
Lebih 1,000 tawaran menjual semula tiket konsert Lady Gaga muncul secara online.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 1,000 tawaran menjual semula tiket konsert Lady Gaga muncul secara online. Malah, sebahagian besarnya ditawarkan pada harga diskaun.
Menurut para penjual, mereka salah perkiraan kerana menjangkakan permintaan tiket konsert itu akan jauh lebih tinggi.
Ini memandangkan konsert Coldplay dan Taylor Swift laris dan habis terjual bagi kesemua konsert mereka di Singapura, pada tahun lalu.
Dengan masa kurang 24 jam sebelum Lady Gaga menggegarkan pentas di negara ini, para pembeli yang mahu menjual semula tiket mereka masih terkapai-kapai untuk mencari pembeli.
Permintaan bagi konsert Mayhem Lady Gaga itu ternyata tidak sehangat seperti yang dijangkakan.
"Saya cuma ingin mendapatkan semula duit saya. Tetapi apabila saya cuba jual semula tiket saya, saya lihat ramai orang di Telegram, Tixbite dan Stubhub menjualnya di bawah harga asal dan mereka juga menghadapi kesukaran untuk menjual tiket mereka," ujar Tan Yong Jin, seorang penjual semula tiket.
Sesetengah pembeli juga mungkin berhati-hati kerana tidak ingin menjadi mangsa penipuan.
Setakat Jumaat (17 Mei), tiket-tiket rasmi masih boleh dibeli di laman Ticketmaster bagi kesemua empat konsert Lady Gaga di Singapura.
Ini meskipun Singapura merupakan satu-satunya destinasi konsert pemenang 14 Anugerah Grammy itu di Asia.
Ini jelas berbeza berbanding konsert Taylor Swift tahun lalu, di mana tiket habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja dan mereka yang menjual semula tiket tersebut berjaya meraih keuntungan.
Namun kali ini, para penjual semula tiket mungkin terpaksa memberikan tiket mereka secara percuma, menyebabkan sesetengah peminat setia Lady Gaga yang dipanggil Little Monsters bimbang pengalaman mereka akan terjejas.
Pencipta Little Monster SG, yang juga merupakan peminat setia Lady Gaga, Dion Ong berkata, "Mungkin ada orang yang hanya akan duduk sahaja di konsert itu, dan tidak bersemangat untuk berdiri dan berjoget. Dan saya rasa di konsert Lady Gaga, anda tidak sepatutnya duduk sahaja."
Dalam pada itu, seorang pakar mengatakan bahawa pihak penganjur konsert tidak lagi boleh bergantung pada nama-nama besar untuk mengisi stadium.
"Di Singapura, terdapat terlalu banyak acara. Acara sukan, acara hiburan, acara muzik. Jadi orang ramai mungkin sudah jemu membeli tiket. Dari segi pengurusan perbelanjaan, mereka mungkin berkata, 'Ok, mungkin saya perlu tentukan acara mana yang perlu diutamakan'," kata Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan NUS, Dr Samer Elhajjar.
Lebih 200,000 peminat dalam dan luar negara dijangka menyaksikan persembahan Lady Gaga selama empat hari, bermula esok di Stadium Negara Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.