Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket IMAX 'Star Wars: The Rise Of Skywalker' mula dijual 5 Dis

Tiket IMAX bagi Star Wars: The Rise of Skywalker mula dijual pada Khamis ini (5 Dis) di Shaw Theatres Lido, bermula 7.00 malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket IMAX 'Star Wars: The Rise Of Skywalker' mula dijual 5 Dis

Cenderahati ekslusif bagi penonton yang beli tiket Star Wars: The Rise of Skywalker secara fizikal (Gambar: 8DAYS)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 05:47PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 05:59PM

SINGAPURA: Tiket IMAX bagi Star Wars: The Rise of Skywalker mula dijual pada Khamis ini (5 Dis) di Shaw Theatres Lido, bermula 7.00 malam.

Bagi para peminat tegar - anda boleh membeli sepasang tiket IMAX 3D dengan replika Pingat Keberanian (Medal of Bravery) pada harga S$55.

Namun ini syaratnya: pembelian itu hanya boleh dibuat secara fizikal di pawagam sahaja pada hari itu.

Satu lagi insentif untuk membeli tiket di pawagam pada hari itu: pingat-pingat tersebut akan diukir secara percuma dalam Aurebesh - aksara yang digunakan dalam dunia Star Wars. Khidmat ukiran itu terhad kepada 80 pingat pertama.

Penjualan awal tiket bagi kaedah lain akan dilancarkan pada 6 Disember bermula 7.00 malam. Di pagawam-pawagam tertentu, setiap tiket The Rise of Skywalker yang dibeli secara fizikal di pawagam akan menerima Syiling Peringatan Star Wars.

Terdapat sembilan syiling khas itu untuk dikumpulkan, dengan setiap satu melambangkan satu episod dalam saga Star Wars. Para peminat juga boleh memilih untuk membeli satu set sembilan syiling dengan sepasang tiket format 2D pada harga S$59.

Namun, ini juga hanya boleh dibeli jika anda hadir secara fizikal di pawagam.

Jadi, apakah cara pilihan anda untuk membeli tiket Star Wars ini? Jangan tunggu lama-lama untuk membuat keputusan kerana penjualan bermula hanya beberapa hari lagi.

Star Wars: The Rise of Skywalker ditayangkan di pawagam bermula 19 Disember.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/8DAYS/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan