Skip to main content

Hiburan

Tiket 'Avengers: Doomsday' mula dijual di SG; filem ditayang 17 Dis

Para peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) di Singapura kini boleh mendapatkan tiket bagi filem 'Avengers: Doomsday', yang akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket 'Avengers: Doomsday' mula dijual di SG; filem ditayang 17 Dis

Chris Evans sebagai Steve Rogers (kiri) dan Chris Hemsworth sebagai Thor dalam satu babak 'Avengers: Doomsday'. (Gambar: Marvel menerusi AP)

Diterbitkan : 28 Sep 2026 02:57PM
  • Tiket awal 'Avengers: Doomsday' kini dijual di Singapura melalui Shaw Theatres dan Golden Village untuk tayangan premium bersijil Infinity Vision.
  • Golden Village buat masa ini menawarkan filem itu bersama 'Avengers Endgame: Encore', manakala tayangan Infinity Vision berasingan dan tiket biasa akan menyusul.
  • Infinity Vision dipromosikan Marvel Studios sebagai format skrin besar dengan imej lebih terang dan bunyi lebih baik; Disney turut menawarkan dua poster koleksi bagi pembelian awal sepasang tiket.
  • Filem yang tayang pada 17 Disember itu menghimpunkan wira MCU dan 'X-Men' menghadapi ancaman tiga alam, serentak permulaan konsert BTS di Singapura.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Para peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) di Singapura kini boleh mendapatkan tiket bagi filem 'Avengers: Doomsday', yang akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Disember.

Tiket kini dijual menerusi Shaw Theatres dan Golden Village bagi tayangan yang mendapat pensijilan Infinity Vision.

Golden Village buat masa ini menawarkan tiket tersebut sebagai sebahagian daripada tayangan berganda bersama 'Avengers Endgame: Encore'.

CNA Lifestyle difahamkan bahawa tayangan 'Avengers: Doomsday' secara berasingan dalam format Infinity Vision di Golden Village juga akan ditawarkan tidak lama lagi.

Tiket bagi tayangan biasa pula akan mula dijual pada tarikh lain.

APA ITU INFINITY VISION?

Infinity Vision merupakan pensijilan baharu bagi pawagam berformat besar premium.

Menurut Marvel Studios, pensijilan itu menjanjikan pengalaman menonton dengan skrin besar, imej terang dan mutu bunyi yang lebih baik.

Langkah menjual tiket bagi tayangan premium terlebih dahulu hampir menyerupai strategi bagi filem 'The Odyssey' arahan Christopher Nolan, yang menyaksikan tiket IMAX di beberapa negara mula dijual sehingga setahun lebih awal.

POSTER KOLEKSI BAGI PEMBELIAN AWAL

Menurut Disney, mereka yang membeli awal tiket bagi tayangan yang mendapat pensijilan Infinity Vision akan menerima dua poster koleksi berbeza bagi setiap pembelian sepasang tiket, selagi stok masih ada.

Pengumuman itu dibuat sedang Marvel Studios menayangkan semula filem pecah panggung 'Avengers: Endgame' dengan judul 'Avengers Endgame: Encore'.

Filem itu kini ditayangkan di pawagam Singapura dengan babak tambahan serta beberapa adegan baharu selepas kredit.
Related article image
Doctor Doom dalam satu babak 'Avengers: Doomsday'. (Gambar: Marvel menerusi AP)
WIRA DARI TIGA ALAM BERTEMBUNG

Menurut Marvel Studios, 'Avengers: Doomsday' akan menyaksikan wira-wira daripada tiga alam berbeza berdepan ancaman yang boleh mengancam kewujudan mereka.
Filem itu akan menampilkan semula watak daripada filem-filem MCU terdahulu serta wira daripada siri filem 'X-Men' terbitan Fox.

'Avengers: Doomsday' akan mula ditayangkan di pawagam Singapura pada 17 Disember — hari yang sama kumpulan K-pop BTS memulakan siri konsert Singapura bagi jelajah 'Arirang'.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita