Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket 'Anuar Zain & Ziana Zain Live In Singapore 2022' akan mula dijual pada 16 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Baru-baru ini, penyanyi adik- beradik terkenal Anuar Zain dan Ziana Zain mengumumkan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Singapore 2022 menyusuli kejayaan konsert mereka di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang tiketnya habis dijual. 

Dianjurkan oleh Live Nation Singapore dan Trumpet International Sdn Bhd, Anuar Zain dan Ziana Zain akan menggegarkan pentas di Singapura pada satu malam saja, iaitu pada Sabtu (24 Sep). 

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Singapore 2022 akan diadakan di Star Theatre dan penjualan tiket eksklusif ditawarkan kepada para anggota Live Nation pada pukul 2.00 petang semalam (15 Ogos).

Walaupun tiket eksklusif itu sudah habis dijual, para peminat yang tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket pada Isnin (15 Ogos) boleh membeli tiket pada pukul 2.00 petang hari ini (16 Ogos). 

Tiket bermula pada harga S$108 dan anda boleh mendapatkannya menerusi laman web www.ticketmaster.sg. 

Walaupun konsert ini bukan konsert pertama bersama kakaknya, Anuar menghargai peluang dan kepercayaan pihak penganjur. 

"Kami sangat berterima kasih dengan peluang untuk bertemu dan bernyanyi di hadapan peminat kami, yang sudah lama menantikan persembahan live kami. 

"Konsert ini akan merupakan kolaborasi antara saya dan kakak saya yang sudah lama berkarya dalam industri dan sesuatu yang tidak akan saya lupakan," kata penyanyi lagu hit Lelaki Ini itu. 

Beliau turut berharap semoga konsert tersebut adalah konsert yang tidak boleh dilupakan oleh para peminat mereka di Singapura. 

Kata Ziana pula, konsert kali ini adalah hadiah untuk pata peminat mereka menerusi pelibatan mereka sebagai artis. 

"Konsert ini detik penting, bukan saja untuk para peminat tetapi untuk saya dan Anuar.

"Kami sangat berterima kasih kepada pihak penganjur, Live Nation Singapore dan Trumpet International Sdn Bhd kerana membawa konsert Anuar dan Ziana Zain ke Singapura pada waktu industri sedang membuka semula," kata penyanyi lagu hit Madah Berhelah itu. 

Para peminat boleh menjangkakan lagu-lagu hit yang mencipta nama mereka sebagai penghibur dalam industri muzik serta beberapa persembahan duet antara adik-beradik itu. 

Jadi, tunggu apa lagi! Dapatkan tiket anda melalui pautan ini pada 2.00 petang nanti (16 Ogos)! 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan