Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Tidak benar sama sekali buah pinggang Nad Zainal bermasalah gara-gara ubat kurus," kata Shahrulezad

Anggaran Waktu Membaca:
"Tidak benar sama sekali buah pinggang Nad Zainal bermasalah gara-gara ubat kurus," kata Shahrulezad

(Gambar: nad.zainal/Instagram)

Diterbitkan : 27 Nov 2022 11:42PM Dikemas Kini : 27 Nov 2022 11:43PM
KUALA LUMPUR: Enam hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), keadaan pelakon Nad Zainal dikatakan semakin baik namun masih perlu dipantau dan ditidurkan selagi paru-parunya belum kuat.
Perkara itu dikongsikan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin yang turut melahirkan rasa syukur apabila vital organ Nad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang, lapor agensi berita Astro Gempak.

“Alhamdullilah keadaan Nanad hari ni lebih baik dari semalam. Tapi doktor masih mahu Nanad di intubasi lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat. Alhamdulliah."

“Kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan keluarkan tiub. Saya rasa tak lama lagi kot. Insya-Allah."

“Lagi satu perkara yang buat abam sangat lega ialah vital organ Nanad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang beliau,” kata Shahrulezad, lapor agensi berita Astro Gempak.

Sementara itu, Shahrulezad atau dikenali sebagai Budak Ijat, turut menafikan khabar angin yang mendakwa masalah yang dihadapi Nad berpunca dari ubat kurus.

“Jadi khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus. la adalah tidak benar sama sekali. Masalah Nanad sekarang ialah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan."

“Apa yang Nanad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman dia untuk terus berjuang untuk kembali sihat. Selain dari itu Nanad juga perlukan doa daripada korang semua."

“Saya percaya Nanad akan kembali sihat semula seperti biasa tidak lama lagi. Apa yang dipohon sekarang ialah doa yang berterusan."

“Terima kasih buat semua warga hospital KPJ terutamanya barisan doktor dan jururawat yang tidak jemu menjaga Nanad untuk semua. Terima kasih jugak untuk @ungkuismailaziz yang selalu beri kemas kini status Nanad pada kami WhatsApp group Cina Buta. Thanx east!"
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan