Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiada penyingkiran, 13 bintang 'menyengat' pada malam pertama Gegar Vaganza 8

Pembukaan pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berlangsung dengan rancak apabila tiada penyingkiran dilakukan pada malam semalam (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada penyingkiran, 13 bintang 'menyengat' pada malam pertama Gegar Vaganza 8

Aliff Aziz membuat persembahan pada malam pertama Gegar Vaganza 8. (Gambar: Facebook/Astro Gempak)

Diterbitkan : 22 Nov 2021 10:23AM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 10:27AM

KUALA LUMPUR: Pembukaan pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berlangsung dengan rancak apabila tiada penyingkiran dilakukan pada malam semalam (21 Nov).

Ini selepas menyaksikan kesemua peserta yang terdiri daripada penyanyi dalam negara dan juga Singapura serta Indonesia menerima lagu yang bakal dibawakan oleh mereka untuk minggu kedua.

Bukan sahaja trending di Twitter, malah persembahan GV8 yang sudah sekian lama dinanti-nantikan oleh para peminat hiburan itu mendapat sambutan luar biasa, lapor Astro Awani.

Minggu pertama GV8 berlangsung dengan meriah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan para bintang yang menjadi pertaruhan membawa lagu masing-masing di atas pentas dari Pusat Konvensyen Antarbangsa Putrajaya (PICC).

Seramai 13 bintang utama dipertandingkan dalam edisi kali ini, yang mana ia terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang dilihat menjadi saingan sengit untuk musim ini adalah Aweera, Azan Scan, Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz yang mewakili Singapura.

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang berentap dalam GV8 pula adalah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki, dan Upiak Isil dari Indonesia.

Astro Awani melaporkan ia turut menampilkan peserta duo Saiful Apek dan Yassin, dan juga kumpulan Nico.

Konsert mingguan GV8 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam Ahad bagi tempoh selama 10 minggu.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan