Skip to main content

Hiburan

'Tiada budaya', 'sangat membosankan': selebriti Malaysia ini ditempelak kerana kritik SG dalam rancangan Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
'Tiada budaya', 'sangat membosankan': selebriti Malaysia ini ditempelak kerana kritik SG dalam rancangan Taiwan

Hero Tai berkata Singapura "mencuri" sajian Malaysia dan menyifatkan daya tarikan kota Singa sebagai "buatan manusia" dalam rancangan aneka ragam 'Student'. (Gambar-gambar: Instagram/herotai_official,Student)

Diterbitkan : 22 Dec 2023 04:47PM Dikemas Kini : 22 Dec 2023 04:49PM
MALAYSIA: Komen yang membandingkan Singapura dengan negara lain, seperti yang berbunyi "Malaysia lebih baik", tentunya akan membuat mana-mana rakyat Singapura marah.

Namun komen sebeginilah yang diungkapkan seorang pelakon kelahiran Johor Bahru, Hero Tai, dalam satu rancangan aneka ragam Taiwan berjudul 'Student' baru-baru ini.

Dalam satu babak yang berlanjutan selama sembilan minit lamanya, Tai dilihat dengan biadap melekatkan papan tanda dengan kata-kata "tiada budaya", "tiada tempat daya tarikan" dan "sangat membosankan" pada penyanyi Singapura, Huang Jinglun.

Tai kemudian tidak henti-henti mengkritik Singapura.

"Singapura 'mencuri' nasi ayam Hainan, bak kut, char kway teow dan kuih Nyonya dari Malaysia... (semua ini) wujud sebelum Singapura merdeka," kata Tai.

Herdikan sebegitu tentunya mengundang rasa tidak puas hati para tetamu Singapura.

Huang antara yang mempertahankan Singapura sambil berkata: "Ini satu isu bagi lembaga pelancongan Malaysia dan jika anda tidak boleh mempromosikan keunikan anda yang tersendiri dan memerlukan kita (Singapura), maka anda mempunyai masalah besar."

Huang turut menggunakan perbandingan nyanyian semula lagu-lagu untuk menjelaskan bahawa "jika versi asal sesebuah lagu itu tidak popular, tetapi versi nyanyian semula dilaporkan sebaliknya, maka kesalahannya tidak terletak pada penyanyi yang menyanyikan semula lagu tersebut".

Penyanyi sebegitu tidak dikatakan asli, hanya setakat nyanyian semulanya lebih sedap didengar, tambah beliau.

Tai tidak berpuas hati dengan teguran itu dan terus bertikam lidah mengenai perbandingan yang dilakukannya sendiri.

Beliau berkata tiada siapa pun yang akan tinggal lebih lama daripada tiga hari di Singapura dan daya tarikan di kota Singa, seperti 'Rain Votex' di Jewel dan Taman di Pesisiran, adalah "buatan manusia".

Beliau akhirnya berhenti mempertikaikan perkara ini dengan menyifatkan para tetamu Singapura dalam rancangan tersebut sebagai "orang buatan manusia".

Tai ditempelak ramai di wadah online dengan seorang netizen menulis: "Apabila seseorang mempunyai kompleks rendah diri, dia akan memperkecilkan orang lain supaya dirinya berasa lebih agung."

Netizen lain turut memuji para tetamu Singapura dalam rancangan tersebut kerana membalas kritikan Tai dengan penuh hemah. Mereka berkata: "Hanya orang bermaruah sahaja yang mampu bersikap begitu berbudi pekerti."
Sumber : 8 Days/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita