Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Terkilan arwah tidak sempat lihat hari pernikahan, kata anak Azmil Mustapha

Berat mata memandang, berat lagi perasaan yang ditanggung oleh anak pelakon popular era 1980-an Azmil Mustapha, Nur Syamira apabila insan yang disayangi pergi buat selamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Terkilan arwah tidak sempat lihat hari pernikahan, kata anak Azmil Mustapha

Pelakon era 1980an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam sekitar jam 1.00 petang tadi (14 Feb). (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 16 Feb 2018 11:55AM Dikemas Kini : 16 Feb 2018 11:58AM

MALAYSIA: Berat mata memandang, berat lagi perasaan yang ditanggung oleh anak pelakon popular era 1980-an Azmil Mustapha, Nur Syamira apabila insan yang disayangi pergi buat selamanya.

Lebih menyedihkan Nur Syamira apabila bapanya itu tidak sempat melihat dirinya mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi, lapor laman Malaysiakini.

“Saya sedikit terkilan kerana arwah tidak sempat terlibat dengan majlis pernikahan yang bakal berlangsung Julai hadapan.

"Tapi saya reda kerana Allah lebih menyayangi Baba,” katanya seperti dipetik Kosmo Online.

Syamira, 33 tahun, berkata beliau perasan dengan perubahan sikap Azmil beberapa hari sebelum pemergiannya ketika menghantar pesanan memaklumkan ingin bertemu dengannya.

"Biasanya Baba akan membalas okay sayang, kalau saya beritahu ingin berjumpa tetapi kali ini, dia hanya cakap InsyaAllah," katanya menurut laporan Kosmo Online.

Mula terkenal pada era 1980-an, nama Azmil menjadi sebutan selepas membintangi filem Mekanik (1983) dan tentunya Ali Setan (1985).

Setelah bersara daripada dunia lakonan, Allahyarham banyak meluangkan masa mendalami ilmu agama dan malah sering dijemput memberikan ceramah di masjid dan surau.

Beliau meninggal dunia kira-kira jam 12.40 tengah hari Rabu (14 Feb) di kediamannya di Seksyen 9 Shah Alam akibat komplikasi jantung.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan