Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Terharu tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir nekad teruskan perjalanan di GV9

Anggaran Waktu Membaca:
Terharu tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir nekad teruskan perjalanan di GV9

(Gambar: @dinanadzir/Instagram)

KUALA LUMPUR: Peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Dina Nadzir mengakui sebak melihat persembahan rakan-rakan yang menggantikannya pada konsert minggu keenam selepas pemergian bapa tercinta, Mohd Nadzir Gulam Kadir, pada Ahad (23 Okt).

Dina ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, meskipun tidak muncul di pentas GV minggu lalu namun kata-kata semangat terus menjadi penguat untuk menyambung perjuangan di pentas itu.

“Sebak hilang bapa belum reda lagi. Bila salah seorang sahabat saya tunjuk video persembahan Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tom menyanyikan lagu Januari menggantikan saya pada malam itu, tak dapat saya tahan air mata ini.

“Sungguh saya terharu melihat kesanggupan mereka untuk menyanyikan lagu Januari dengan latihan di saat akhir. Saya amat hargai dan berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga rakyat Malaysia yang mendoakan arwah bapa pada malam itu.

“Insya Allah saya akan kembali ke pentas GV9. Doakan saya kuat hadapi ujian kehilangan ini,” katanya dalam nada sebak.

Kongsi Dina lagi, beliau juga terkejut dengan kehadiran sahabatnya, Jaclyn (Jac) yang sanggup mengambil penerbangan pertama pada hari berikutnya selepas mendapat berita pemergian bapanya.

“Saya tidak tahu kebaikan apa yang saya pernah lakukan di dunia ini sehingga Allah SWT mengurniakan orang sekeliling yang tak henti memberi semangat agar saya terus terus kuat menjalani hari-hari mendatang tanpa bapa di sisi.

“Semalam, saya dikejutkan dengan kehadiran Jac di rumah. Bangun pagi, buka mata saya nampak Jac di rumah. Saya terkejut memandangkan dia baru selesai buat persembahan di pentas GV9, malam sebelumnya.

“Sungguh saya sebak dan terharu melihat kesanggupan Jac terbang ke Johor Bahru untuk memastikan saya berada dalam keadaan baik. Saya amat hargai kebaikannya termasuk juga rakan-rakan lain di GV9,” katanya kepada Astro AWANI.

Bapa Dina yang juga penyampai radio Sinar FM menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun akibat barah dan masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada pagi Ahad (23 Okt).
Sumber : Agensi berita/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan