Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Temui DJ radio kegemaran anda di acara 'The Big Grand Draw' Mediacorp pada 12 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Temui DJ radio kegemaran anda di acara 'The Big Grand Draw' Mediacorp pada 12 Apr

Acara 'The Big Grand Draw' 2024 anjuran Mediacorp pada 2024. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Acara 'The Big Grand Draw' anjuran Mediacorp dijangka berlangsung di Atrium Suntec City, Menara 1 dan 2 pada Sabtu (12 Apr) dari pukul 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

Pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai S$10,000 manakala seorang lagi pendengar akan memenangi jelajah tujuh hari ke Bhutan di hotel lima bintang bagi empat orang, bernilai S$15,000, di acara tersebut.

Acara itu juga sebahagian daripada usaha pendampingan stesen-stesen radio Mediacorp bagi membawa personaliti radio lebih dekat dengan pendengar.

Orang ramai boleh bertemu dengan personaliti radio kegemaran mereka secara bertemu muka dan menikmati persembahan langsung oleh DJ daripada GOLD 905, CLASS 95, 987, CNA938, CAPITAL 958, LOVE 972, YES933, Warna 942, RIA 897 and Oli 968.

Ini termasuk John Klass, Sophie Gollifer, Jean Danker, Nity Baizura, Zhu Zeliang, Gerald Koh dan Sajini.

Para peminat juga boleh beramah mesra dengan barisan pelakon daripada drama berbahasa Mandarin 'Emerald Hill – The Little Nyonya Story' serta 'Devil Behind The Gate' semasa acara tersebut.

Bahkan, mereka yang berminat untuk menjadi DJ radio juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan bakat terbaharu Mediacorp, 987 Star, di mana stesen radio 987 sedang mencungkil "bakat sensasi serba boleh dengan suara yang menawan, aura mempesonakan, dan kebolehan untuk mencipta kandungan media sosial."

Para peserta yang berminat boleh berkunjung ke reruai 987 Star untuk sesi uji bakat dan menerima tip pakar daripada personaliti 987 yang akan berada di sana untuk membimbing mereka.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan