Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tempahan awal album ManifestaSITI2020 laris dalam sehari

Album terbaru Siti Nurhaliza berjudul ManifestaSITI2020 habis dijual pada Selasa (30 Jun) menerusi pra-tempahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan awal album ManifestaSITI2020 laris dalam sehari

(Gambar: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 01:13AM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 01:20AM

MALAYSIA: Album terbaru Siti Nurhaliza berjudul ManifestaSITI2020 habis dijual pada Selasa (30 Jun) menerusi pra-tempahan.

Harian Metro melaporkan tempahan dibuka sejak Isnin dan setakat tengah hari tadi, kesemua 2,000 unit album tersebut bagi keluaran pertama habis dijual.

Keluaran kedua pula akan dibuka kelak, menurut laman itu.

"Perasaan gembira, berdebar, semua ada kerana begitulah perasaan setiap kali album bakal keluar. Saya tidak tahu apa reaksi dan penerimaan penggemar muzik kerana selera seseorang tidak sama," kata Siti kepada Harian Metro.

Laman itu melaporkan beliau sebagai berkata bahawa album fizikal masih membawa nilai sentimental buat segelintir peminat, meskipun penjualan tidak lagi sehangat dahulu.

Menyentuh tentang ManifestaSITI2020 pula, penyanyi itu berkata album tersebut menerapkan kepelbagaian melodi bagi memberi alternatif kepada peminat.

"Universal Music dan Siti Nurhaliza Productions (SNP) masih menerbitkan album fizikal kerana ia sesuatu yang sentimental kepada peminat dan dapat dijadikan koleksi.

"Album ini juga ada didatangkan dengan 'booklet' dan ini menjadi pakej yang memuaskan hati peminat serta penantian mereka juga berbaloi.

"Kami juga yakin dengan adanya Affiliate SNP atau ejen SNP yang menjual album ini, angka jualan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana pembelian pra-tempahan juga memberangsangkan," katanya kepada Harian Metro.

ManifestaSITI2020 adalah album solo studio ke-18 Siti dan memuatkan 11 lagu termasuk lima yang sudah dilancarkan sebagai single sebelum ini: Anta Permana, Terang, Kasihku Selamanya, 7 Nasihat dan Basyirah.

Turut disertakan dalam album itu adalah lagu rakaman semula, Teratai Menjelma nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan