Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Telemovie 'Bonda' terima anugerah Emas di WorldMediaFestivals 2020

Sebagai satu lagi kegiatan Hari Ibu, anda mungkin mahu menonton telemovie menarik berjudul Bonda, yang baru-baru ini membanggakan saluran Suria apabila ia memenangi anugerah Emas di WorldMediaFestivals 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2020 08:12PM Dikemas Kini : 10 May 2020 09:08PM

SINGAPURA: Sebagai satu lagi kegiatan Hari Ibu, anda mungkin mahu menonton telemovie menarik berjudul Bonda, yang baru-baru ini membanggakan saluran Suria apabila ia memenangi anugerah Emas di WorldMediaFestivals 2020.

Telemovie Bonda menceritakan tentang kisah pengorbanan seorang ibu yang menjaga anaknya yang mengalami gangguan penyakit mental Gangguan Bipolar.

Pengarah Kreatif filem tersebut dari Poetry In Motion, Nusaibah Abdul Rahim berkata: "Dengan adanya cerita Bonda ini, kami ingin menghapuskan stigma tentang penyakit mental, kerana orang senang label seseorang itu gila dengan tingkah laku mereka padahal ada banyak lapisan yang perlu kita fahami. "

Kejayaan Bonda memenangi anugerah Emas itu lewat bulan lalu, adalah yang pertama bagi Suria di pentas antarabangsa.

Ia dibintangi para pelakon handalan seperti Seriwahyuni Jaes dan J Rosmini.

"Kami tidak menyangka ia akan mendapat pengiktirafan di festival-festival luar negara. Apabila kami mendapat tahu dapat anugerah Gangsa di festival di sini dan Emas di sana, kami rasa 'wow!'," kata Seriwahyuni yang pada tahun lalu memenangi anugerah Gangsa bagi pelakon terbaik dalam Pesta Filem New York.

"Bangga dan kami rasa penat lelah yang kami lalui semasa penggambaran itu dua tiga kali lebih berbaloi," tambah Seri yang merupakan pengarah dan penulis skrip, selain pemegang watak utama telemovie itu.

Telemovie Bonda boleh disaksikan menerusi meWATCH.

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan