Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Teater muzikal Sudirmania pengubat rindu peminat Allahyarham Sudirman

Anggaran Waktu Membaca:
Teater muzikal Sudirmania pengubat rindu peminat Allahyarham Sudirman

(Gambar: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara/Facebook)

Diterbitkan : 27 Dec 2024 01:20PM Dikemas Kini : 27 Dec 2024 01:21PM
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan Pertubuhan Pameran Seni Teater (PEPSTER) dan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Sudirman Asset Management dan Revolution Stage akan mementaskan sebuah Pementasan Teater Muzikal Sudirmania pada 27 hingga 29 Disember jam 3.00 petang dan 8.30 malam bertempat di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk mengetengahkan karya-karya seni dan sastera negara serta mempergiatkan persembahan teater warisan dalam kalangan remaja, belia dan masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya.

Teater muzikal ini dapat membantu dalam penyemarakkan seni budaya dalam bidang teater dan muzik, terutama usaha untuk mengangkat lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad melalui olahan teater muzikal yang digarap supaya ianya terus ‘malar segar’.

Selain daripada itu, Siri Karya Agung ini akan menjadi salah satu platform kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya untuk berkarya dengan lebih kreatif dan sudut pandang yang berbeza”.

Teater Muzikal Sudirmania, karya dan arahan Khairunazwan Rodzy akan dibintangi oleh Fimie Don, Amirul Affendi, Putri Khareeza, Khayrisya Kemal, Kirin Muhd dan ramai lagi.

Teater Muzikal Sudirmania adalah penterjemahan dari lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sudirman dan naskhah pementasan yang telah digarap kemas menjadi jalan kisah di zaman kegemilangannya.

Lagu-lagu yang dipilih akan diolah menjadi sebuah cerita yang bertemakan kehidupan remaja, dewasa dalam gelombang percintaan.

Sudirmania adalah gabungan empat (4) kisah yang menjadi satu kronologi cerita yang mengisahkan tentang masyarakat yang meminati Sudirman sehingga menjadikan lagu-lagunya sebagai semangat hidup.

Dalam naskhah ini, sebanyak 17 buah lagu akan didendangkan oleh para pelakon seperti Hujan, Jauh Di Sudut Hati, Mat Disko, Aku Penghiburmu, Hilang Berganti, Tanah Pusaka, Basikal Tua, Pulang Dari Kilang, Aku Penganggur, Milik Siapakah Gadis Ini dan banyak lagi.

Naskhah ini juga pernah dipentaskan di Menara MARA, Kuala Lumpur (2013), Istana Budaya (2014), dan Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC Jalan Ampang, Kuala Lumpur (2021) dan pada tahun ini merupakan kali ke empat pementasan Teater Muzikal Sudirmania dilaksanakan.

Diharap dengan penganjuran 'Siri Karya Agung : Muzikal Sudirmania' ini dapat membantu pembangunan dan penyemarakkan seni budaya melalui teater muzikal dan sekaligus terus menyokong lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad agar terus mekar di hati masyarakat.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan