Teater Muhammad The Beginning dibatalkan selepas penjualan tiket merosot, pelabur tarik diri
Pementasan teater-konsert Muhammad The Beginning dibatalkan selepas penjualan tiket merosot dan pelabur menarik sokongan kewangan, menurut pihak penganjur.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pementasan teater-konsert Muhammad The Beginning dibatalkan selepas penjualan tiket merosot dan pelabur menarik sokongan kewangan, menurut pihak penganjur.
Persembahan yang dijadual berlangsung pada Sabtu (14 Feb) di Star Theatre itu sebelum ini dirancang sebagai produksi kerohanian yang mengangkat kisah awal kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Ia dijangka menampilkan barisan artis termasuk Ramli Sarip, Jamal Abdillah, Hady Mirza, Azra Zulaikha serta penampilan khas Yazid Lovehunters.
Namun pada Selasa (3 Feb), poster pembatalan dimuat naik di akaun Instagram penganjur, Kami Productions, beserta kenyataan 'maklumat lanjut akan menyusul'.
Pada hari yang sama, SISTIC turut mengeluarkan notis pengembalian wang kepada pembeli tiket.

Menurut SISTIC, semua pemegang tiket akan menerima bayaran balik penuh, yang akan diproses secara automatik ke kaedah pembayaran asal pembeli tiket.
Mengulas sebab pembatalan, Pengarah Kami Productions, Encik Firdaus Abdul Hamid berkata: "Apabila kami berusaha meningkatkan promosi bagi pementasan teater Muhammad The Beginning pada lewat Disember 2025, kami menyaksikan penjualan tiket mulai meningkat. Namun selepas itu, aduan mulai datang dan penjualan tiket mulai jatuh semula. Ketika itu, para pelabur bagi pementasan ini menghentikan sokongan kewangan mereka."
Beliau menambah bahawa pihaknya turut berdepan tekanan tambahan menjelang tarikh pementasan.
"Ditambah pula beberapa pelakon meminta jumlah wang cengkeram yang besar pada saat akhir, kerana bimbang mereka tidak akan dibayar," tambahnya lagi.
Menurut Encik Firdaus, kos keseluruhan pementasan dianggarkan sekitar $130,000.
Pada masa keputusan pembatalan dibuat, pihaknya telah menanggung hutang melebihi $60,000 kepada pelabur.
RANCANGAN BAWA PERSEMBAHAN KE SABAH
Walaupun produksi di Singapura dibatalkan, Kami Productions merancang untuk membawa projek sama ke Sabah, Malaysia Timur.
Encik Firdaus berkata syarikatnya telah membuka cawangan di Sabah pada awal Januari dan menyasarkan pementasan Muhammad The Beginning di sana sekitar Jun 2026 pada skala lebih besar, termasuk pameran artifak serta sokongan beberapa institusi tempatan.
"Alhamdulillah saya dapat membuka Kami Productions Sabah. Dan akan melaksanakan projek yang sama di sana tetapi lebih besar dengan artifak-artifak dan artis tempatan serta artis legenda yang hebat turut serta untuk menceritakan kisah yang luar biasa itu.
Semoga pameran ini dapat membuka mata dan hati komuniti kita di SG. Saya sedih tetapi tidak akan berputus asa, In Shaa Allah," kata Encik Firdaus.
TAWARAN KEPADA PEMBELI TIKET
Beliau turut menawarkan tiket percuma kepada pembeli tiket di Singapura sekiranya mereka ingin menghadiri pementasan di Sabah.

"Saya akan memberikan tiket percuma ke acara di Sabah untuk mereka yang telah membeli tiket di sini. Kategori yang sama jika mereka mahu datang. Mereka hanya perlu menyimpan tiket Singapura mereka dan menghubungi saya. Saya juga akan mengatur sesi Meet & Greet, In Shaa Allah."
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.