Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Teaser muzik video lagu duet Aliff Syukri, Baby Shima undang kecaman netizen

Anggaran Waktu Membaca:
Teaser muzik video lagu duet Aliff Syukri, Baby Shima undang kecaman netizen

Teaser muzik video lagu Baby Sayang yang dimuatnaikkan ke laman Instagram. (Gambar: Aliff Syukri/Instagram)

Diterbitkan : 12 Aug 2022 05:24PM Dikemas Kini : 12 Aug 2022 05:24PM
Petaling Jaya: Penampilan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi Baby Shima menerusi perkongsiannya di Instagram menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Beliau dikatakan bakal melancarkan lagu terbaru bergenre Dangdut berjudul Baby Sayang, hasil duet bersama Baby Shima pada 17 Ogos nanti.

Meskipun lagu tersebut belum lagi diperdengarkan kepada para pengikut di akaun Instagramnya, dua selebriti itu teruk dikecam disebabkan aksi kurang manis yang ditonton orang ramai.

Teaser muzik video lagu itu yang dimuatnaikkan ke Instagram Aliff, menampilkan Shima yang hanya berseluar pendek berwarna hitam dan berstoking hingga ke paras paha sambil bergelek.

Berdasarkan reaksi yang membanjiri ruangan komen di Instagramnya, warga netizen kelihatan mengutuk penampilan kedua-dua selebriti itu yang dianggap tidak bermoral dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Muslim.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warga netizen turut melabelkan Shima sama seperti pelakon lucah disebabkan oleh aksinya yang menggoyangkan punggung dalam muzik video tersebut.

Warga netizen menganggap Aliff seperti tidak serik menghasilkan kandungan yang dianggap mengaibkan.

Malah, sekitar awal tahun ini, Aliff pernah berjanji untuk tidak mahu lagi terjebak dengan gimik murahan demi meraih populariti.

Beliau berkata demikian kerana sesuai dengan peningkatan usianya.

Walau bagaimanapun, Aliff bertindak menutup ruangan komen selepas menyedari video berkenaan mendapat kecaman.
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa