Taylor Swift tambah lagi 3 konsert di SG pada 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Ashley Landis)
SINGAPURA: Pada pagi Ahad (25 Jun), Hab Sukan Singapura mengumumkan bahawa penyanyi Taylor Swift akan mengadakan tiga konsert tambahan di Stadium Negara di Singapura pada tanggal 7, 8 dan 9 Mac 2024.
Ia sekali gus membawa jumlah keseluruhan konsert penyanyi tersebut di Singapura kepada enam, menyamai bilangan konsert Coldplay di Singapura pada Januari 2024.
Pendaftaran peminat bagi tiket penjualan am sudahpun bermula pada 23 Jun jam 12.00 tengah hari waktu Singapura dan dibuka sehingga 28 Jun, pukul 12.00 tengah hari.
Penjualan awal tiket bagi pemegang kad UOB akan bermula dari 5 Julai pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai, jam 9.00 pagi, dengan penjualan am dibuka pada 7 Julai pukul 12.00 tengah hari menerusi online, panggilan talian atau cawangan SingPost.
Konsert Swift dijangka menarik para peminat tegarnya, yang digelar sebagai 'Swifties', dari sekitar rantau ini. Ini memandangkan Singapura adalah salah satu daripada dua destinasi persinggahannya di Asia, selain Jepun, sempena jelajah dunia 'The Eras'.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.