Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Taylor Swift sumbang AS$5j kepada mangsa taufan di Florida

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS) Taylor Swift telah menghulurkan sumbangan AS$5juta (S$6.5 juta) bagi membantu mangsa taufan di wilayah tenggara Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Taylor Swift sumbang AS$5j kepada mangsa taufan di Florida

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS) Taylor Swift telah menghulurkan sumbangan AS$5juta (S$6.5 juta) bagi membantu mangsa taufan di wilayah tenggara Amerika Syarikat.

Taufan Milton melanda pantai barat Florida pada Rabu malam (9 Okt), selang beberapa minggu selepas Taufan Helene menimpakan kemusnahan di kawasan itu.

Demikian menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat.

"Sumbangan ini akan membantu masyarakat membina semula kehidupan mereka, menyediakan makanan, air bersih dan bekalan penting kepada mereka yang terjejas oleh ribut yang dahsyat ini.

"Terima kasih, Taylor kerana bersama kami dalam usaha menamatkan kelaparan dan membantu komuniti yang memerlukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Feeding America, Claire Babineaux-Fontenot dalam satu kenyataan di platform X.

Selain Taylor, bintang muzik Amerika Syarikat, Dolly Parton turut menyumbang dana AS$1 juta (S$1.3 juta) kepada Yayasan Mountain Ways bagi menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir angkara Taufan Helene.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan