Skip to main content

Hiburan

Taylor Swift bakal adakan konsert selama 3 malam di SG pada Mac 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berita baik bagi para peminat penyanyi Taylor Swift!

Taylor Swift akan mengadakan tiga konsert di Stadium Negara di Singapura pada Mac tahun depan sempena jelajah dunia The Eras.

Ia sekali gus merupakan satu-satunya persinggahan artis tersebut di Asia, selain Jepun.

Demikian menurut Hab Sukan Singapura dalam satu pengumuman pada Rabu (21 Jun).

Konsert tersebut bakal diadakan pada 2, 3 dan 4 Mac dengan lebih 200,000 peminat dari rantau ini dijangka menghadirinya.

Pendaftaran peminat bagi penjualan awam adalah dari 23 Jun pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 28 Jun pada pukul 12.00 tengah hari.

Penjualan awal tiket bagi pemegang kad UOB akan bermula dari 5 Julai pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai pada 9.00 pagi, dengan penjualan awam pada 7 Julai pukul 12.00 tengah hari menerusi online, talian atau cawangan SingPost.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong menarik perhatian bahawa konsert Taylor Swift merupakan satu contoh mutu acara yang disasarkan Pengurusan Sukan Kallang Alive (KASM), demi mempertingkatkan tawarannya "kepada warga Singapura serta para pelancong".

Taylor Swift merupakan artis antarabangsa yang terbaru untuk mengumumkan tentang konsertnya yang bakal diadakan di Singapura.


Kugiran Coldplay minggu ini mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan enam konsert secara keseluruhannya di Stadium Negara pada Januari tahun depan.
Kumpulan K-pop Twice pula juga akan membuat persembahan selama dua malam di Stadium Tertutup Singapura.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita